RSS Suria

Janji ganti ‘online transfer’, tapi tunjuk resit palsu! Wanita hilang RM1,500 diperdaya lelaki reka cerita kad bank ‘ditelan’ ATM

MALANG tidak berbau.

Seorang wanita mendakwa dia kerugian RM1,500 selepas diperdaya seorang individu di sebuah bank di Muar, Johor pada malam 28 Mei lalu.

Menerusi hantaran di Facebook keesokan harinya, wanita itu turut memuat naik salinan laporan polis yang dibuatnya.

Story on the ATM machine scandal. RAYMOND OOI/ The Star

Penggunaan mesin ATM untuk tujuan pengeluaran wang merupakan satu perkara biasa dalam dunia hari ini. -Gambar hiasan

“Saya didatangi lelaki yang tidak dikenali, meminta tolong membantunya kerana kad bank miliknya ‘ditelan’ mesin pengeluaran wang automatik (ATM).

“Kemudian dia meminta kepada saya sebanyak RM1,500 secara tunai dan berjanji akan membuat bayaran secara online kepada saya.

“Kemudian saya terus menyerahkan kepadanya sebanyak RM1,500 kerana dia menunjukkan resit transfer kepada saya melalui telefon bimbit.

Wang yang awak ambil tu untuk bayar sewa rumah kami… ada sedikit tertangguh beberapa bulan.

MANGSA

“Saya terus memeriksa di dalam mesin ATM baki yang ada di dalamnya namun tiada sebarang wang tunai yang dimasukkan. Saya terus keluar mencari namun dia telah melarikan diri,” ujar wanita itu dalam laporannya.

Bercerita mengenai kejadian itu, pengadu berkata dia ikhlas membantu suspek dan sama sekali tidak menyangka akan diperdaya sehingga mengalami kerugian.

“Kepada lelaki yang buat ni, andai awak nampak hantaran saya ni, saya nak awak tahu. Saya tolong awak atas dasar percaya dan simpati, untuk tolong sesama manusia.

ARTIKEL BERKAITAN: Gadis dicekup edit resit! Beli jam RM54 tapi cuma ‘transfer’ 1 sen, dedah dah ramai kawan buat tapi tak kantoi

ARTIKEL BERKAITAN: Ramai kena scam dengan tetamu, pemuda tawar servis hadir rumah terbuka… Bermula di Melaka, merebak satu Malaysia

“Tapi saya tak tahu sedar atau pun tidak sebab rasa otak macam tak ada masa tu. RM1,500 tu bukan jumlah yang sikit untuk orang macam saya dan mak saya yang kais pagi makan pagi. Tak kais, tak makan,” luahnya.

Menurut pengadu lagi, wang RM1,500 itu sepatutnya digunakan untuk membayar tunggakan rumah sewa keluarganya.

“Jumlah (wang) yang awak ambil tu untuk bayar sewa rumah kami yang ada sedikit tertangguh beberapa bulan. Pemilik rumah masih bagi muka dekat keluarga kami untuk kumpul semula dan bayar balik dalam seminggu.

Story on the ATM machine scandal. RAYMOND OOI/ The Star

Pelanggan perlu berwaspada jika dihampiri orang tidak dikenali di bank. -Gambar hiasan

“Luluh hati anak tengok mak lemah longlai semalam. Tapi kami dah reda dengan kehendak Allah. Tujuan saya post di sini untuk mengingati sesama kita,” ujarnya lagi.

Dalam hantaran sama, wanita itu turut berpesan kepada orang ramai sekiranya mereka dihampiri suspek dengan modus operandi serupa ketika berada di bank.

“Rasa ralat sangat benda ni jadi. Antara sedar atau tak. Cuma nak mengingati sesama kita. Lepas ni tolong jangan percaya kalau ada lelaki kurus tinggi, pakai mask dan bertopi meminta pertolongan kerana kad bank tersangkut dalam mesin ATM.

“Buat laporan pun polis cakap banyak dah berlaku di bank sekitar Muar. Jadi hati-hati, terutamanya perempuan,” tulis wanita itu menerusi Facebook Anak-Anak Muar Official Group.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Scroll to Top