SEORANG wanita tular di aplikasi Thread selepas dia mendedahkan kisah kecurangan abang iparnya.
Menurut wanita itu, dia terpaksa masuk campur dalam masalah rumah tangga kakaknya kerana terlalu geram dengan abang ipar.
Dalam hantaran yang dikongsi, wanita itu mendakwa abang iparnya menjalinkan hubungan terlarang dengan rakan sekerjanya.
Segelintir wanita mengalami peningkatan berat badan semasa hamil atau selepas bersalin. -Gambar hiasan AI
“Kesian kakak aku sebab dia berkorban macam-macam untuk rumah tangga dia. Tapi si jantan keparat sengkek tu tak sedar diri.
“Hubungan atas katil jangan cakaplah. Dia banyak complaint tentang kakak aku. Kakak aku sebenarnya malu nak cerita, tapi terlepas cakap.
“Tambah pula kakak aku dah naik berat badan, fizikal dah berubah. Dia (abang ipar) mula berubah perangai waktu kakak aku mengandung anak kedua,” dakwanya.
Padahal kakak aku kerja teruk nak tolong rumah tangga dengan gaji laki dia yang tak seberapa tu.
ADIK IPAR
Menurut wanita itu lagi, dia juga geram kerana kakaknya banyak berkorban untuk membantu meringankan beban kewangan suaminya yang bergaji kecil.
“Padahal kakak aku kerja teruk nak tolong rumah tangga dengan gaji laki dia yang tak seberapa tu. Gaji dia tak banyak mana pun, kakak aku yang tolong bayarkan semua benda.
“Bayangkan anak dia sakit pukul 3 pagi, dia boleh biarkan kakak aku seorang ‘usung’ ke emergency,” dakwa wanita itu lagi.
ARTIKEL BERKAITAN: Konon nak halang suami ‘makan luar’, isteri taat layan nafsu seks setiap hari – "Saya tunaikan sampai melecet!"
ARTIKEL BERKAITAN: Wanita ‘dijandakan’ lelaki pilihan hati ibu… Kantoi simpan video intim dalam WhatsApp! – "Aku percayakan mak bulat-bulat"
Dalam beberapa siri hantaran yang dimuat naik, wanita itu mendakwa abang iparnya juga pernah ‘kantoi’ ketika mahu membeli alat untuk membesarkan kemaluan.
“Nak dijadikan cerita, dia kantoi nak beli pam besarkan kemaluan. Kakak aku ni tak pernah complaint langsung pasal dia. Yang dia nak beli benda tu kenapa? Siapa yang minta?
“Padahal dengan kakak aku, sebulan pun payah (seks). Dia siap complaint susah cari ‘lubang’ kakak aku sebab dia gemuk. Padahal kakak aku bukan besar mana pun,” dakwanya lagi.
Malah, banyak lagi dakwaan tentang sikap buruk abang iparnya didedahkan menerusi perkongsian berkenaan.
Suami yang baik akan sentiasa menghargai pengorbanan isteri mereka. -Gambar hiasan AI
Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen meluahkan rasa geram membaca perkongsian itu, namun ada yang turut meragui kesahihan kisah berkenaan.
“Betul ke kakak kau? Sebab detail sangat cerita ni. Ke cerita kau sebenarnya? Cerita dalam kain kot.
“Suruh kakak awak pentingkan diri dia sekarang. Akak doakan supaya kakak kau kuat. Kalau suami nak cerai, terima je.
“Sakitnya hati baca. Kalau dah sampai tahap complaint itu ini tak kena, aku pun bawa diri,” tulis beberapa netizen.