TIDAK seperti tahun-tahun sebelumnya, kedatangan bulan Ramadan kali membuatkan pelakon Puteri Sarah Liyana berasa sedih berbanding gembira.
Sibuk dengan lakonan dan menguruskan perniagaan, Sarah atau Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 40, mengakui kurang menghabiskan masa bersama anak-anaknya.
Sarah sedih jarang dapat luang masa bersama anak-anak Ramadan tahun ini.
“Ramadan tahun ini agak sedih sebab kurang masa dengan anak-anak sebab sibuk berlakon dan berniaga.
“Tapi saya tetap akan cuba cari masa buat mereka,” katanya kepada mStar.
Tidak hanya itu, Sarah memberitahu dia juga belum sempat meluangkan masa bersama keluarga bekas mentuanya yang sudah menjadi amalan setiap tahun.
ARTIKEL BERKAITAN:Puteri Sarah mahu hidup tenang, anggap sudah ‘tua’ nak layan sakit hati
ARTIKEL BERKAITAN:[V] Anak-anak bahagia tanpa keluarga sempurna, Puteri Sarah ada terfikir kembali berkahwin
Sarah bagaimanapun bersyukur keluarga bekas mentuanya faham situasinya dan berharap dapat menziarahi dan berbuka puasa bersama mereka dalam masa terdekat.
“Setiap tahun saya wajib buka puasa dengan bekas mentua jadi ralat juga sebab belum dapat lakukan lagi tahun ini.
“Walaupun sudah tiada apa-apa, satu kemestian untuk kami kekalkan silaturahim.
Sarah sibuk dengan urusan lakonan dan perniagaan.
“Apapun mereka faham keadaan saya yang sedang cari rezeki, harapnya sebelum raya sempat berbuka puasa beramai-ramai,” jelasnya.
Untuk rekod, Sarah pernah mendirikan rumah tangga bersama pengarah Syamsul Yusof pada 2014 namun meraka sah bercerai pada 14 Jun 2023.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 8, dan Sumayyah yang kini berusia 6 tahun.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!