PELAKON dan penyanyi Aliff Aziz bertindak memadam gambar-gambar lama di Instagram miliknya sempena kedatangan tahun baharu 2025.
Menganggap sebagai kebangkitan semula, Aliff atau Mohammad Aliff Aziz, 34, juga memberi bayangan tindakannya itu sebagai satu permulaan baharu dalam hidup.
“Jatuh tapi tidak pernah musnah. 2025, kebangkitan saya yang baru.
Perkongsian terbaharu Aliff di Instagram.
“Ini kelahiran semula saya,” katanya.
Aliff berkongsi perkara tersebut di Instagram miliknya pada Ahad dan hanya meninggal sekeping gambar di platform berkenaan.
Pada ruangan kepsyen dia juga menulis kata-kata ‘forged in fire’ yang memberi gambaran seolah-olah semangat dari sebuah kejatuhan.
ARTIKEL BERKAITAN: “Tak perlu tunggu jadi baik” – Aliff Aziz ajak pengikut IG amal selawat 1,000 kali sehari
ARTIKEL BERKAITAN: [V] Ada sebab Aliff Aziz dan Ruhainies kunci mulut selepas prosiding kes khalwat, ini penjelasan peguam
Perkongsian tersebut mencuri tumpuan dan ramai yang meninggalkan kata-kata positif buat Aliff untuk dia terus berjaya dalam perjalanan seni.
Dalam masa sama ibunya iaitu Siti Hafizah Sheikh Mohamad turut membalas setiap komen berkenaan dengan doa agar urusan anaknya dipermudah.
Ibu Aliff sentiasa memberi sokongan.
Sepanjang tahun 2024 nama Aliff antara yang hangat diperkatakan kerana kontroversi ditangkap khalwat bersama aktres Ruhainies pada 9 Mac tahun lalu.
Ini termasuk penceraiannya dengan bekas isteri iaitu Bella Astillah di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan pada 13 Jun 2024.
Kes tersebut ini masih dalam perbicaraan mahkamah.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!