PELAKON Jay Iswazir memberitahu dia dan bekas isterinya iaitu Azzahra Ahmad dalam proses mencari jalan penyelesaian untuk berdamai secara baik.
Mahu membersihkan nama selepas didakwa melakukan keganasan rumah tangga, Jay atau Ahmad Iswazir Ismail, 43, berkata, ada sinar positif selepas kedua-dua wakil peguam telah bertemu bagi mencari kata sepakat.
“Apa yang saya boleh kata sekarang kami dalam proses berbincang untuk mencari jalan pendamaian.
Jay selesa berdiam diri mengenai isu bersama bekas isteri.
“Saya cuma mahu membersihkan apa yang sudah dikeruhkan, selebihnya saya memilih untuk tidak komen kerana boleh berlaku salah faham.
“Buat masa ini saya nampak ada sinar untuk kami selesaikan apa yang berlaku dengan cara baik,” katanya kepada mStar.
Jay berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sidang media filem Dajal di GSC Starling Mall, Petaling Jaya, Selangor pada Rabu.
ARTIKEL BERKAITAN: Jay Iswazir beri masa 7 hari, bekas isteri perlu buat permohonan maaf
ARTIKEL BERKAITAN: Bekas isteri minta lanjutan… Jay Iswazir beri tempoh tambahan 10 hari untuk mohon maaf
Meskipun kesal dengan apa yang berlaku, Jay tetap dengan pendirian mahukan permohonan maaf secara terbuka daripada Azzahra.
Namun, aktor itu tidak mahu memaksa kerana ketenangan diri menjadi keutamaan buat dirinya.
“Ya saya nakkan permohonan maaf secara terbuka sebab benda ni terjadi kerana salah faham.
“Tetapi saya tidak ada paksaan, cukup sekadar perkara ini selesai cara baik dan saya dapat teruskan hidup dengan tenang,” ujarnya.
Selama ini saya berdiam diri kerana perkara ini sangat sensitif.
JAY ISWAZIR
PELAKON
Dalam pada itu, Jay menjelaskan sebelum ini dia memilih untuk berdiam diri daripada mengeluarkan sebarang kenyataan kerana perkara tersebut terlalu sensitif untuk dibahaskan di secara umum.
Tambah Jay, tindakan dia berdiam diri membuatkan dia lebih menjadi lebih reda dengan segala apa yang berlaku.
“Selama ini saya berdiam diri kerana perkara ini sangat sensitif dan mahu dapatkan ketenangan untuk berfikir bila masalah ini berlaku.
“Bila saya berdiam dan bertenang saya dapat rasa ketenangan menerima perkara itu dengan reda,” jelasnya.
Jay dan isteri tidak mempunyai cahaya mata bersama.
Menerusi beberapa hantaran di media sosial sebelum ini, Azzahra mendakwa Jay melakukan keganasan terhadapnya ketika mereka masih bergelar suami isteri.
Selepas menerima notis tuntutan daripada Jay, Azzahra memohon untuk menangguhkan permohonan maaf.
Jay memberi masa tambahan selama 10 hari bermula 24 Disember tahun lepas.
Filem terbaharu lakonan Jay berjudul Dajal.
Untuk rekod, Jay dan Azzahra mendirikan rumah tangga pada Mac 2022 namun perkahwinan mereka berakhir dengan perceraian pada 28 Oktober tahun lalu.
Dalam perkembangan lain, Jay terlibat sebagai pelakon dalam filem Dajal yang bakal ditayangkan pada 6 Februari depan.
Selain Jay, filem arahan pengarah Pierre Andre itu dibarisi pelakon lain seperti Amir Nafis, Bidin Al Zaifa, Khatijah Tan dan Hanna Halim.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!