PENGACARA Jihan Muse selamat melahirkan anak ketiga pada 15 Januari lalu di sebuah pusat perubatan di Shah Alam, Selangor.
Berkongsi khabar gembira itu, Jihan atau Nur Jihan Muse, 42, turut meluahkan rasa syukur atas amanah yang dikurniakan.
“Syukur sangat atas kurniaan rezeki Allah kurniakan buat kami sekeluarga.
Jihan dan Ungku kini bahagia dikurniakan tiga cahaya mata.
“Bermulah episod belajar lagi untuk melaksanakan tanggungjawab dan amanah untuk jaga anak-anak yang Allah berikan,” katanya kepada mStar.
Jihan dan suaminya iaitu pelakon Ungku Hariz, 40, pada Sabtu mengumumkan kelahiran bayi ketiga mereka di Instagram.
Bayi lelaki berkenaan diberi nama Ungku Attufayl Adl.
ARTIKEL BERKAITAN: Jihan Muse umum hamil anak ketiga, reaksi keluarga terkejut dengar berita gembira buat netizen terhibur
ARTIKEL BERKAITAN: Jihan Muse belum bersalin lagi, rupanya video tular di TikTok berita palsu
“Nama diambil sempena sahabat Rasulullah iaitu At-Tufayl ibn Amr. Kisahnya sangat menarik.
“Nama anak-anak juga kami letakkan Asmaul Husna di belakang. Adl bermaksud adil,” ujarnya.
Untuk rekod, Jihan dan Hariz mendirikan rumah tangga pada 29 Mac 2016.
Mereka dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki iaitu Ungku Arsalan Haq, 7, dan Ungku Altamis Barr khas, 3 tahun.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!