RSS Suria

Jijik, kembang tekak tengok foto kilang sosej! Lebih baik buat sendiri, dijamin bersih nak bagi anak-anak makan

PADA 13 November tahun lalu, polis menyerbu sebuah kilang pembuatan sosej tanpa lesen di Cape Town, Afrika Selatan.

Menurut Ahli Majlis Keselamatan Bandar Cape Town, Jean-Pierre Smith, pihak berkuasa mendapati kilang itu memproses dan membungkus sosej dalam keadaan yang tidak bersih.

Foto keadaan kilang itu yang menjijikkan turut dikongsi menerusi laporan oleh portal tempatan, SNL24.

Jika diamati foto-foto itu, pasti ramai yang tidak berselera untuk menjamah hidangan popular berkenaan.

sosej 2

Anda hanya memerlukan 11 bahan untuk menghasilkan sosej di rumah.

Bagi ibu bapa yang mementingkan kesihatan anak, sosej buatan sendiri boleh menjadi alternatif lebih sihat untuk hidangan di rumah.

Menerusi perkongsian oleh Fariza Zuliana, anda memerlukan 11 bahan untuk membuat sosej.

Bahan-bahan

1. Isi ayam

2. Telur

3. Bawang merah

4. Bawang putih

5. lobak merah

6. Brokoli

7. Bayam Brazil

8. Oregano

9. Lada sulah

10. Garam

11 Sedikit tepung ubi

sosej 3

Alternatif ini pastinya lebih sihat untuk anak-anak anda.

Menurut wanita itu, semua bahan berkenaan boleh dikisar dan diadun menggunakan pemproses makanan.

Namun, dia sendiri hanya menggunakan pengisar biasa sahaja.

Selepas itu, dia akan mengukus adunan itu sebelum ia disimpan dalam peti sejuk beku.

Tambah wanita itu, orang ramai juga boleh membeli acuan sosej di laman e-dagang.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Scroll to Top