RSS Suria

Jiran naik lemak, tiap kali hujan minta tumpangkan anak ke sekolah… Suami sendiri goyang kaki di rumah

APABILA seseorang itu baik hati, jangan pula kita ambil kesempatan kerana sikap itu boleh menyebabkan orang yang ikhlas menjadi serik untuk membantu.

Begitulah situasi dialami seorang wanita apabila dia sering menjadi ‘penyelamat’ kepada jiranyang suka meminta bantuan menghantar anaknya ke sekolah setiap kali cuaca hujan.

Lebih menyakitkan hati, tanggungjawab menghantar dan mengambil anak jiran seolah-olah diletakkan di bahunya, sedangkan suami kepada wanita berkenaan hanya goyang kaki di rumah.

Wanita itu enggan meminta upah kerana khuatir ia menjadi komitmen.

“Tiap kali hujan, jiran sayaakan telefon nak minta tumpang hantar anak ke sekolah. Ini tahun ketiga ya perangai dia macam tu. Dia ada suami, tapi sayamalas nak komen pasal suami dia.

“Laki dia malas, ikut dialah. Tapi kenapa tanggungjawab tu jatuh dekat saya pula? Kalau ikut malas, saya pun tak rajin nak hantar anak ke sekolah masa hujan lebat. Baik sambung tidur bawah selimut,” katanya menerusi hantaran di laman Thread.

Terlintas di fikirannya untuk meminta bayaran sebagai ganti tenaga dan masa, namun niat itu terpaksa dilupakan kerana khuatir iaakan bertukar menjadi satu komitmen tetap.

“Pernah juga terfikir nak minta duit. Tapi yang jadi susahnya, nanti bila anak saya tak pergi sekolah sebab sakit, terus rasa macam dah terikat pula kena hantar anak dia saja.

ARTIKEL BERKAITAN:Tak gembira masuk rumah baharu… Jiran pasang ‘awning’ ceroboh kawasan, risau jeriji tajam kena kepala

ARTIKEL BERKAITAN:Lelaki mengamuk tikam perut jiran, penduduk kampung marah belasah suspek sampai mati

“Kadang kami satu keluarga sakit ‘berjemaah’. Masa itu, memang tak sempat nak fikir pasal anak orang lain.” kongsinya.

Bukan itu sahaja, wanita itu turut menyarankan kepada jirannya untuk segera belajar memandu agar tidak bergantung kepada orang lain, namun nasihat tersebut tidak diendahkan.

“Sayadah nasihat supaya belajar bawa kereta. Dia macam ambil mudah saja, tak nak belajar. Bukan sayaseorang saja yang suruh dia, jiran-jiran lain pun sama.

“Rumah saya pula rumah pertama kat kampung ni. Memang setiap kali hantar anak sekolah, lalu depan rumah dia. Itu yang jadi susah… orang macam ni tak ada usaha langsung! ujarnya.

Sementara itu, netizen di ruangan komen turut meluahkan rasa kesal terhadap sikap jiran wanita itu malah menyifatkan perbuatannyasebagai keterlaluan.

“Kalau saya jadi awak, saya abaikan saja. Saya tak akan biar orang ambilkesempatan, tak perlu baik sangat dengan jiran!

“Pekakkan telinga ja awak, pandai beranak pndailah uruskan sendiri ank knp kena harapkan org pulak!

“Minta bayaran kat dia bila sis tolong hantar. Tambang minyak, masa,” komen beberapa netizen.

Scroll to Top