SEORANG pengguna aplikasi trafik, Waze, dipercayai mengambil kesempatan di lebuh raya dengan mendakwa dirinya dalam kesempitan untuk meraih simpati dan sumbangan daripada pengguna jalan raya lain.
Kejadian itu didedahkan oleh seorang wanita yang menceritakan pengalamannya terperangkap dalam kesesakan lalu lintas di kawasan Ayer Hitam, Johor.
Menurutnya, ketika itu dia ada terbaca satu komen di Waze menunjukkan terdapat individu memerlukan bantuan di lokasi tersebut.
Kesesakan lalu lintas kerap berlaku ketika musim perayaan. -Gambar hiasan
“Tergerak hati, aku pindahkan RM10 kerana menyangka dia benar-benar dalam kesusahan. Jiwa mak-mak mudah tersentuh,” katanya.
Dia turut berkongsi tangkap layar komen individu itu yang meminta bantuan dengan menyertakan sekali nombor akaun bank.
ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar IPTA berlapar, terdesak rayu sumbangan beli makanan di Facebook… Siap kongsi data kad matrik elak dituduh scammer
ARTIKEL BERKAITAN: Pengasas tahfiz tiba-tiba ada banglo, Mercedes… Kerjanya cuma kutip derma di FB! Wanita dedah realiti ‘industri minta sedekah’
“Salam hai, nak minta tolong sikit duit minyak boleh? Seikhlas hati berapa pun tak apa.
“Bulan ni pendapatan tiada, kerja sendiri,” tulis pengguna Waze tersebut.
Namun kata wanita itu, selepas berkongsi mengenai insiden tersebut dalam grup Facebook, dia menerima maklum balas mengejutkan.
Mesej ni kat mana-mana dia ada.
NETIZEN
“Ramai pengguna lain mendakwa individu yang sama kerap muncul di pelbagai lokasi sepanjang Lebuhraya Utara-Selatan, malah pernah dilihat di kawasan seperti Cameron Highlands.
“Ramai kata dia memang ada hampir setiap hari di lokasi-lokasi berbeza, guna alasan sama. Nampaknya ini mungkin modus operandi yang telah dirancang,” tambahnya.
Wanita itu berkata hantaran asalnya bagaimanapun telah dipadam oleh Facebook, menyebabkan dia memuat naik semula di akaun peribadi untuk memberi amaran kepada orang ramai.
Reaksi netizen
“Kalau masih sihat tubuh badan kerjalah. Aku pun separuh mati banting tulang kerja sara hidup yang penuh liku-liku ni. Jangan jadi biawak hidup,” katanya.
Netizen berkata wanita itu bernasib baik kerana hanya menghulurkan bantuan RM10 sahaja, jika lebih pastinya lebih menyakitkan hati.
“Mesej ni kat mana-mana dia ada. Nasib baik RM10, kalaw RM100 mau makan sumpah budak tu.
“Senangnya nak minta duit tu ya. Alahai zaman sekarang ni,” antara komen warga maya.