RSS Suria

‘Job’ berlakon kurang sejak bergelar mualaf, Angeline Tan guna masa lapang dalami agama Islam

PELAKON Angeline Tan sudah kurang menerima tawaran berlakon daripada pihak produksi sejak bergelar seorang mualaf dan menukar penampilannya.

Angeline atau nama Islamnya Ardini Angeline Tan, 57, tidak menolak kemungkinan imej berhijab membuatkan pihak produksi sukar memberi watak bersesuaian dengannya.

“Sebelum ini kalau ada pun sebab suami terlibat sama dalam sesebuah projek. Tawaran lain memang tidak ada.

angeline 3

Angeline ambil peluang untuk lebih dalami ilmu agama.

“Saya masih mahu berlakon cuma barangkali pihak produksi sukar mencari watak bersesuaian dengan saya.

“Susah kalau saya bawa watak Cina, tak akan pula satu keluarga perlu ‘dimuslimkan’ dalam drama itu nanti?,” katanya kepada mStar.

Angeline berkongsi perkara itu ketika ditemui di sidang media program Angeline Tanya Abang Jawab yang berlangsung di Wangsa Maju, Kuala Lumpur pada Isnin.

ARTIKEL BERKAITAN: Fitnah paling kelakar, Sabri Yunus penat jawab berita Angeline Tan hamil

ARTIKEL BERKAITAN: Angeline Tan makin selesa berpakaian sopan, mahu tunjuk keindahan Islam kepada rakan bukan Muslim

Enggan bersikap meminta-minta, Angeline sebaliknya percaya kepada rezeki ditetapkan Allah selepas bergelar mualaf.

Angeline juga melihat perkara itu dari sudut positif malah menggunakan kesempatan diberikan untuk mendalami agama Islam.

“Sepanjang 30 tahun dalam industri saya tak pernah lagi bersikap meminta-minta. Kalau ada watak bersesuaian produksi akan panggil dan sebaliknya.

Saya masih mahu berlakon cuma barangkali pihak produksi sukar mencari watak bersesuaian dengan saya

ANGELINE TAN

PELAKON

“Rasa kekok juga dengan situasi sekarang sebab saya sudah terbiasa dengan jadual yang padat tetapi saya lihat situasi ini peluang saya mendalami ilmu agama,” jelasnya.

Bercakap tentang penampilannya, Angeline tidak berasa kekok memandangkan sudah terbiasa mengenakan pakaian sopan sebelum ini.

“Saya sudah lama dalam industri dan lebih banyak bercampur dengan orang Melayu. Sebelum masuk Islam, koleksi pakaian seperti baju kurung dan kebaya saya memang banyak.

angeline 2

Angeline tampil dalam progam Angeline Tanya Abang Jawab.

“Alhamdulillah anak tiri, anak saudara banyak membantu dalam perjalanan saya belajar tentang Islam. Mereka juga selalu hadiahkan pakaian, tudung dan sebagainya,” katanya.

Untuk rekod, Angeline mendirikan rumah tangga bersama pelakon dan pengarah Sabri Yunus pada 14 Oktober tahun lalu.

Dalam perkembangan lain, Angeline dan Sabri bakal tampil menerusi program ilmiah berjudul Angeline Tanya Abang Jawab menerusi siaran TV AlHijrah pada 18 September 2024.

Setiap episod program ini menampilkan segmen di mana Angeline, bersama panel pakar jemputan, membincangkan topik-topik yang relevan, dari perspektif mudah difahami golongan Mualaf.

Antara barisan ilmuan terlibat termasuklah Ustaz Harryanto Rizal Rokman, Ustaz Azhar Ghazali, Ustaz Zul Ramli, Imam Muda Asyraf dan ramai lagi.

Scroll to Top