TIADA wanita di dunia ini yang boleh tenang jika melihat suami mereka diganggu orang ketiga apatah lagi di depan mata sendiri!
Namun itu yang pernah berlaku kepada pelakon Julia Farhana apabila suaminya iaitu Dr Mohammad Che Hafiz Che Ibrahim cuba digoda perempuan lain.
Tidak selesa dengan apa dilihatnya, Julia atau Julia Farhana Marin, 31, berkata, wanita terbabit juga tidak mengendahkan keberadaan dirinya.
Perkongsian Julia di Instastory miliknya.
“Saya pernah berada dalam situasi di mana seorang wanita datang kepada suami saya, berbual dengannya dan langsung mengabaikan kewujudan saya di sebelah dia.
“Girl, saya tidak berminat untuk berbual dengan awak, dan jelas suami saya pun jawab sepatah-sepatah, like common sense?
“Kami tidak selesa, tinggalkan kami, biarkan suami saya sendirian. Dia jelas tidak mahu bercakap dengan anda,” katanya.
Julia berkongsi perkara itu menerusi hantaran di Instastory miliknya pada malam Khamis.
ARTIKEL BERKAITAN: Julia Farhana belum sedia timang anak, pakai alat perancang keluarga… Fokus belajar sampai PhD
ARTIKEL BERKAITAN: Pemandu e-hailing salah orang, Julia Farhana disangka Wanna Ali… “Takkan la dekat luar pakai tudung, berlakon buka pula?”
Dalam pada itu, kata Julia dia bersyukur suaminya tidak pernah mencari masalah kerana sentiasa menjaga batas hubungan dengan wanita lain.
“Suami saya tidak pernah jadi masalah kerana dia memang jaga sempadan.
“Alhamdullilah saya tak pernah nak risau,” ujarnya.
Julia dan suami mendirikan rumah tangga pada 14 Disember 2022.
Untuk rekod, Julia dan Che Hafiz mendirikan rumah tangga pada 14 Disember 2022.
Sebelum ini, Che Hafiz pernah berkahwin dengan pelakon dan penyanyi Lufya Omar pada 26 November 2016 namun bercerai pada 17 Jun 2020.
Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Laana Haura yang kini berusia 7 tahun.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!