BERTAHAN sehingga minggu keempat, peserta program Big Stage Alpha iaitu Que terpaksa akur diumumkan tersingkir dalamacara yang berlangsung di Royal Theatre Shah Alam, Selangor pada malam Ahad.
Memberikan persembahan menerusi lagu Satu Peluang (nyanyian asal Andi Bernadee), Que bagaimanapun tidak berjaya memikat hati juri agar dia terus dikekalkan bertanding.
Juri tetap iaitu Datuk Syafinaz Selamat jugaenggan menggunakan imuniti X bagi menyelamatkan peserta yang berada di kedudukan terbawah pada minggu ini.
“Persembahan Que pada malam ini bukanlah yang terburuk tetapi kami perlu memikirkan rancangan ini untuk membentuk satu kumpulan akan datang.
Que mempersembahankan lagu Satu Peluang nyanyian Andi Bernadee.
“Kalau ikutkan hati saya nak simpan (peserta) sampai akhir tapi rasanya kali ini kami tidak mahu menggunakan imuniti.
“Anda (Que) masih boleh berjaya dan jangan patah semangat. Ini bukan satu-satunya platform yang ada untuk berjaya,” katanya.
Sembilan peserta lain yang berjaya meneruskan saingan adalah Daniel Sher, Ray D, Araff, Que dan Rizal Rasid.
Turut melangkah ke minggu seterusnya adalah Ariefesol, Allan Andersen, Izat Ibrahim dan Awienit.
ARTIKEL BERKAITAN:Syafinaz minta tiada penyingkiran, Ariel Fesol mara ke minggu ke-4 Big Stage Alpha
ARTIKEL BERKAITAN:Perjuangan Ashmirul dan Qarl G terhenti, gagal mara minggu ketiga ‘Big Stage Alpha’
Sementara itu, Awienit sekali lagi dipilih untuk menerima Anugerah Ikon Perfume Paradise yang membawa pulang hadiah wang tunai RM1,000.
Peserta dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu Alpha Ultra dan Alpha Prime.
Alpha Ultra dianggotai oleh Dani, Allan, Ray D, Araff, Que dan Awienit.
Manakala Alpha Prime dianggotai oleh Afiq, Rizal, Izat dan Ariefesol.
Persembahan Que gagal menarik perhatian penonton.
Menerusi persembahan berkumpulan, Alpha Ultra menyampaikan lagu Ayuh nyanyian Malique, Kmy Kmo, Aman RA dan Ernie Zakri, manakala Alpha Prime dengan lagu Satu Malam Temasek (Joe Flizzow).
Selain Syafinaz, Big Stage Alpha turut menampilkan penyanyi Edry Abdul Halim dan Hael Hussaini sebagai juri tetap.
Manakala penyanyi dan pengacara Datuk AC Mizal menjadi juri jemputan untuk minggu keempat.
Dihoskan oleh pengacara Elly Mazlein dan Rina Nose, Big Stage Alpha boleh ditonton secara langsung di Astro Ria (saluran 104) pada setiap Ahad, pukul 9 malam.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!