MASIH ramai insan berhati mulia yang tidak teragak-agak menghulurkan pertolongan kepada individu dalam kesusahan.
Sama sekali tidak mengharapkan balasan, tindakan berkenaan biasanya didorong oleh sifat empati dan kemanusiaan yang tinggi.
Kecil atau besar bantuan yang dihulurkan bukanlah ukuran, namun yang pasti ia membantu mempermudahkan urusan mereka yang berada dalam keadaan benar-benar memerlukan.
Dalam satu hantaran di laman sosial, seorang juruwang yang bekerja di kedai kopi terkenal berkongsi pengalaman tidak dapat dilupakan selepas membantu seorang pelanggan beberapa tahun lalu.
Menyifatkan ia antara pengalaman manis sepanjang bertugas sebagai juruwang, individu itu berkata ketika kejadian, pelanggan berkenaan mempunyai masalah melakukan transaksi menggunakan kad bank miliknya.
Ganjaran memberi makanan kepada orang yang berpuasa adalah sangat besar. -Gambar hiasan
“Kerja dalam industri makanan dan minuman (F&B) mesti jumpa customer rude (biadab) je kan? Tidaklah, sepanjang kerja jumpa ramai sangat customer baik baik.
“Masa Ramadan 2023 kalau saya tak silap, ada abang ni datang sekitar pukul 7 malam, order makanan dan minuman untuk iftar tapi kad dia decline.
“Jadi saya offer la untuk bayarkan dulu dan suruh dia buka puasa, baru bayar dekat saya,” tulisnya dalam satu perkongsian di laman TikTok.
ARTIKEL BERKAITAN: Harga kerepek RM480, pelanggan baik hati hulur 1K! Pemuda ini borong semua, gembira nenek penjaja kaki lima boleh balik awal
ARTIKEL BERKAITAN: Pelanggan rajin singgah gerai, ramah tanya banyak soalan… Lepas tu terus jadi pesaing – “Sama sebiji, banner je lain”
Menurut juruwang berkenaan, dia membantu membayarkan harga makanan dan minuman pelanggan tersebut yang berharga sekitar RM50.
Selesai berbuka puasa, pelanggan berkenaan bertemunya untuk membayar kembali wang yang dipinjamkan.
Tanpa disangka, pelanggan berkenaan rupa-rupanya bukan sekadar membayar ‘hutang’ malah memberikan tip lima kali ganda sebagai tanda terima kasih kepada juruwang tersebut.
“Dia minta kod QR bank dan saya kasi. Lepas kerja saya check amaun yang dia transfer tu banyak gila iaitu RM250!” tulisnya lagi.
Masa kerja hari raya pertama, ada abang ni bagi rendang dan duit raya
NETIZEN
Menjengah ruangan komen, rata-rata warga maya memuji juruwang berkenaan kerana bukan sahaja membantu memudahkan urusan individu lain malah mencerminkan sikap yang baik ketika berdepan dengan pelanggan.
Malah ada yang turut berkongsi pengalaman sama mendapat ganjaran daripada pelangganpemurah.
Antara perkongsian netizen.
“Hari tu masa Tahun Baru Cina, saya siap dapat RM10 dari seorang kakak sebab layan kerenah mereka. Kalau kita layan baik, nak jumpa yang rude ni memang boleh kira guna jari je.
“Saya kerja juruwang 7Eleven, waktu kerja malam selalunya berlapar dulu sebab masuk pukul 4 petang hingga 8 malam. Tapi pelanggan suka belikan air dan roti.
“Masa kerja hari raya pertama, ada abang ni bagi rendang dan duit raya,” demikian antara komen netizen.