RSS Suria

Kagum bakat dan keunikan, lagu duet Ara Johari dan Trio Latah bukan ‘tangkap muat’

MAHU menampilkan kelainan dalam lagu raya sedia ada, penyanyi Ara Johari tampil berkolaborasi dengan kumpulan Trio Latah menerusi Zapin Malam Raya.

Mengagumi bakat tiga anggota kumpulan itu, Ara atau Nurfarrah Izzatie Johari, 29, tidak melihat kerjasama ini sekadar mahu mengambil kesempatan atas populariti mereka di media sosial.

“Saya mula kenal mereka selepas sama-sama terlibat dalam sebuah acara dan kami menjadi rapat. Saya pilih mereka sebab Latah berbakat besar dan unik.

Ara ketengahkan muzik zapin dalam lagu raya baharu.

“Kami juga selalau tampil live di TikTok bersama. Jadi tiada istilah tumpang populariti sesiapa. Bukan juga sekadar ‘tangkap muat’ untuk buat lagu ini,” katanya kepada mStar.

Trio Latah dianggotai oleh tiga sahabat iaitu Pok Jak, Jack dan Aiman Hashim.

Bercakap lanjut tentang penghasilan lagu ini, Ara memberitahu semuanya dilakukan dalam tempoh masa singkat.

ARTIKEL BERKAITAN:Ara Johari tukar gaya lebih feminin, ubah imej rock… Sekarang ikut trend nyanyi lagu galau

ARTIKEL BERKAITAN:Ara Johari semakin matang layan kerenah netizen, tak mudah melenting kecuali sentuh satu perkara

Dia juga mudah memberi kata setuju apabila bertemu dengan komposer iaitu Affan Mazlan bersama Syafiq Al Gambus.

“Sebenarnya, memang ada rancangan keluar lagu raya tahun ini tapi tak jumpa demo yang sesuai. Dalam usaha sedang mencari saya berjumpa denagn Affan.

“Tiga hari lepas jumpa dia berikan lagu ini dan saya terus setuju. Dua hari kemudian terus masuk studio untuk rakaman. Semua berlaku dalam tempoh seminggu sahaja.

Saya mahu orang suka dengan muzik lama dan dapat rasakan suasana raya

ARA JOHARI

PENYANYI

“Syukur dengan hasil pebincangan singkat itu terhasil lagu ini. Muzik video juga akan disiapkan sebelum ini dilancarkan,” ujarnya.

Istimewa dengan lagu ini juga ia menggabungkan dua dialek iaitu Kelantan dan Negeri Sembilan serta iringan muzik zapin yang popular dalam kalangan masyarakat Johor.

Ara berani berikan kelainan untuk peminat.

Mengetengahkan genre tradisional, bagi Ara lagu ini juga secara tidak langsung dapat menyerlahkan satu sisi berbeza dirinya dalam nyanyian.

“Sebenarnya saya suka dengar lagu-lagu Melayu sebegini dan tak salah untuk mencuba sesuatu yang baru. Saya mahu orang suka dengan muzik lama dan dapat rasakan suasana raya.

“Saya juga tidak mahu terus kekal dalam zon selesa. Untuk lagu ini dapatlah peminat dengar saya menyanyikan lagu tradisional,” jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Scroll to Top