RSS Suria

Kakak dedah awek adik rupanya ‘wanita berloceng’! Kantoi ketika tidur sekatil dengan ibu, purdah terselak

SIAPA sangka di sebalik penampilannya yang berjubah, berpurdah dan bertudung labuh, individu yang disangka seorang wanita tulen itu rupa-rupanya lelaki!

Kisah ‘wanita berloceng’ tersebut menjadi tular sejak Jumaat selepas seorang pelayar tampil membuat pendedahan mengenai penipuan individu tersebut di Facebook.

Menurut Maya Syuhada Rosley, ‘wanita’ tersebut adalah kekasih adik lelakinya yang dikenali selama tiga minggu menerusi aplikasi Bigo.

Cerita Maya, ‘wanita’ tersebut memperkenalkan diri sebagai Hidayah dan mualaf yang berasal dari Sabah, selain memberitahu dirinya seorang anak yatim piatu yang menetap di Kuala Lumpur.

“Sepanjang tiga minggu adik (lelaki) WhatsApp, videocall, call bagai, memang tak tengok muka dia sebab berpurdah. Nak dijadikan cerita, perempuan tu nak datang rumah Maya beraya dekat sini sebab dia tak ada sesiapa dah.

“Dengan senang hati, ibu, Maya dan adik perempuan semua approved,” kongsinya yang membahasakan diri sebagai Maya.

‘Wanita’ tersebut akhirnya dicekup polis.

Pada 26 Mac (Rabu) lalu, menurut Maya, adik lelakinya menjemput ‘wanita’ berkenaan yang tiba dari Kuala Lumpur di perhentian bas di Pontian.

Excited lah member nak jumpa awek cun dia,” tulisnya lagi.

Bagaimanapun apabila melihat ‘wanita’ tersebut secara berdepan, dia sedikit pelik dan curiga dengan keadaan fizikalnya yang ternyata berbeza dengan gambar seorang gadis cantik yang dipaparkan di aplikasi Bigo, sebagaimana yang dikongsikan adik lelakinya.

“Kenapa perempuan tu macam mak-mak? Bermula daripada gambar itu, otak aku berfikir dari petang sampai malam.

“Entah-entah bini orang lari rumah, nak selamatkan diri, ikut adik aku,” kongsinya lagi.

ARTIKEL BERKAITAN:Hati-hati jika terjumpa lelaki bersongkok jalur kuning… Pukau mangsa libatkan kerugian hampir RM30,000

ARTIKEL BERKAITAN:Wanita rela hati serah barang kemas dipakai dakwa dipukau, pelaku tenang buat jenayah! Lebih 24 jam baru sedar emas hilang

Tambah Maya, segala-galanya terbongkar pada malam hari yang sama apabila kekasih adik lelakinya itu tidur bersebelahan ibunya di dalam bilik.

“Ibu tegur dia, bukalah tudung dengan purdah tu, nak tidur ni… kan sesama perempuan. Dia menjawab ‘tak apa, dah biasa ibu’ dan terus tidur, di sebelah ibu, sekatil dengan ibu.

“Izzati (adik perempuan) tak sedap hati. Dia call aku pukul 12 tengah malam dan beritahu on the way rumah ibu. Dia WhatsApp ibu tak balas, dia call baru ibu angkat.

“Dalam masa sama, ibu hantar gambar ‘perempuan’ tu tidur. Purdah terlucut… Izzati forward gambar tu dekat aku. Aku terkedu! Ibu berlari pergi bilik adik lelaki, tunjuk gambar tu.

Tapi mungkin pukau dia tak menjadi. Ikan puyu dekat luar bertukar warna jadi hitam legam wey.

MAYA SYUHADA

“Terkejut member tengok muka ‘awek’ dia,” tulisnya lagi.

Tambah Maya lagi, hasil siasatan adik perempuannya yang menyelongkar beg ‘wanita’ itu mendapati identiti yang terpapar pada kad pengenalannya jelas menunjukkan empunya badan merupakan seorang lelaki.

“Kami panggil polis untuk kes bawa dia keluar je, sebab kami yang bawa dia masuk rumah tu, sebab dia tak ada buat jenayah ke apa lagi.

“Jadi polis datang angkut dia. Then polis cakap akan hantar ikut alamat kad pengenalannya, Wallahualam. Alhamdulillah Allah masih selamatkan daripada perkara-perkara tak baik.

Perkongsian yang dimuat naik Maya di Facebook.

“Semoga jadi pengajaran. Jangan mudah percaya orang. Apa motif dia semua, tak pasti. Untuk adikku takziah dapat awek berlonceng. Lain kali cari awek niat elok-elok, cari awek solehah, muslimah tulen… bukan cari yang cantik je,” kongsinya lagi.

Ujar Maya, polis tidak menolak kemungkinan mereka sekeluarga dipukau individu berkenaan.

“Tapi mungkin pukau dia tak menjadi. Ikan puyu dekat luar bertukar warna jadi hitam legam wey. Mungkin dia nak samun atau rompak malam tu. Mungkin amalan ibu, doa-doa ibu Allah bantu keluarga kami,” tulisnya lagi.

Sehingga kini, perkongsian tersebut meraih 33,000 shares di Facebook.

Scroll to Top