JIKA berkunjung ke Sabah tidak akan lengkap jika tidak mengambil peluang bergambar di hadapan bangunan Maybank di Gaya Street di Kota Kinabalu.
Sejak lokasi itu tular, mengambil gambar di situ sudah menjadi kewajipan bagi pelancong sebagai tanda sudah sampai ke negeri di bawah bayu itu.
Apa menarik perhatian, beberapa pelakon filem Blood Brothers: Bara Naga iaitu Syafiq Kyle, Sharnaaz Ahmad, Syazwan Zulkifly serta pengarahnya Abhilash Chandra turut mengambil berkesempatan bergambar di lokasi ikonik itu.
Kutipan filem Blood Brothers sudah mencapai RM29.9 juta.
Peminat turut meluahkan rasa teruja melihat pelakon pujaan mereka bergambar di lokasi tersebut malah ada meluahkan rasa kesal tidak ‘berkampung’ di situ menanti kehadiran mereka.
“Memang dah sangka mereka akan datang ke situ untuk bergambar. Kalau tahu memang tunggu di sana dan ambil gambar bersama mereka.
“Wow! Ini kalilah! Semua pelakon Blood Brothers sudah sampai ke Gaya Street,” komen netizen.
Kehadiran barisan kesemua pelakon itu ke Kota Kinabalu adalah bagi mempromosikan filem berkenaan di Imago Mall.
ARTIKEL BERKAITAN:‘Blood Brothers: Bara Naga’ cetus fenomena, kutip RM9.2 juta selepas 2 hari tayangan
ARTIKEL BERKAITAN:Watak ‘Malik’ digilai peminat, ‘Blood Brothers’ lonjakkan nama Irfan Zaini
Beberapa pelakon lain filem tersebut iaitu Andy Teh dan Irfan Zaini turut hadir bertemu penonton.
Blood Brothers: Bara Naga mencipta fenomena apabila berjaya mendapat kutipan sebanyak RM29.9 juta hanya dalam tempoh tujuh hari ia ditayangkan sejak 8 April lalu.
Susulan kejayaan dikecapi, filem yang sedang ditayangkan di 170 pawagam itu menjadi antara karya tempatan dengan kutipan paling tinggi.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!