RSS Suria

Kamal Adli hanya gelak dakwaan hubungan dengan isteri retak, kasihan Uqasha Senrose sering jadi mangsa fitnah

PELAKON Kamal Adli enggan mengambil pusing mengenai spekulasi tentang rumah tangganya dengan aktres Uqasha Senrose yang dikatakan berdepan masalah.

Kamal atau Ahmad Kamal Ahmad Adli, 38, sebaliknya berkata, mana-mana perkahwinan itu datang dengan ujian namun setiap masalah itu ada penyelesaiannya.

“Saya ada dengar juga orang buat cerita, saya gelak sahaja. Saya pun tak tahu isu apa yang dibangkitkan.

“Saya okay sahaja dan cuba menjadi orang yang lebih terbuka. Kalau bergaduh, saya faham perempuan kadang-kadang emosi, lebih-lebih lagi melibatkan anak.

kamal adli 3

Kamal sedar kisah rumah tangganya sering jadi perhatian.

“Saya tahu banyak perkara Uqasha fikir, jadi saya yang perlu tenangkan dia,” katanya kepada mStar.

Kamal berkongsi perkara itu ketika ditemui di sidang media Hikayat Bawah Putih Bawang Merah yang diadakan di TGV 1 Utama, Petaling Jaya pada petang Khamis.

Dalam pada itu, Kamal memberitahu dia tidak menyimpan perasaan marah namun menasihatkan netizen agar menjaga percakapan sebelum meninggalkan sebarang komen.

Kata Kamal, sebagai seorang manusia dia dan Uqasha mempunyai perasaan dan tidak menafikan berasa kecewa apabila membaca komen-komen di media sosial.

ARTIKEL BERKAITAN: Kamal Adli sanggup ulang alik KL-Sabah, tiga bulan berehat fokus jaga isteri pantang

ARTIKEL BERKAITAN: Gagal tepati waktu penggambaran, Kamal Adli anggap dakwaan tak berdisiplin tiada asas

“Kalau netizen nak mengata, kadang-kadang mereka tidak tahu hal sebenar. Kami pun ada perasaan juga. Berjaga-jagalah dalam percakapan,” ujarnya.

Sementara itu, Kamal turut menafikan dakwaan mengaitkan isterinya mengasari bekas pembantu peribadi.

Menurut Kamal, kes tersebut masih lagi dalam siasatan pihak polis namun dia kasihan melihat isterinya seringkali dijadikan mangsa atas dakwaan-dakwaan tidak benar.

“Tak logiklah isu pukul tu. Kalau betul kena pukul, tunjuk bukti. Kasihan dekat Uqasha, dia selalu jadi ‘mangsa’ dari zaman tuduhan membuli,” jelasnya.

Saya tahu banyak perkara Uqasha fikir, jadi saya yang perlu tenangkan dia

KAMAL ADLI

PELAKON

Pada Ogos lalu, seorang individu yang juga merupakan pembantu peribadi kepada pelakon wanita mendakwa dipukul oleh aktres berkenaan kerana mendedahkan masalah rumah tangganya kepada ibu aktres itu.

Kakak kepada pembantu peribadi yang meminta tidak didedahkan identitinya mendakwa, adiknya itu dipukul sebanyak dua kali termasuk di hadapan ibu pelakon wanita berkenaan.

Dakwa wanita itu, aktres berkenaan menumbuk pada bahagian dahu selain mengacukan senjata tajam ke arah adiknya sehingga mendatangkan kecederaan.

kamal adli 2

Kamal dan Uqasha bahagia sebagai suami isteri.

Meskipun tidak mendedahkan nama aktres tersebut, netizen mula membuat spekulasi mengaitkan Uqasha adalah individu yang dimaksudkan.

Uqasha bagaimanapun menafikan dia terlibat dalam kejadian itu malah secara peribadi tidak tergamak melakukan perbuatan sebegitu.

Dalam perkembangan lain, Kamal bakal membintangi drama empat episod Hikayat Bawang Putih Bawang Merah yang akan disiarkan di Astro Ceria bermula 21 Oktober ini.

2849982

Uqasha sibuk uruskan rumah tangga.

Kata Kamal, dia teruja buat pertama kali berlakon untuk siaran Astro Ceria dan menyimpan hasrat menarik peminat dalam golongan kanak-kanak.

“Ini pertama kali saya berlakon untuk Astro Ceria. Selalu berlakon drama cinta, bagilah saya peluang untuk dikenali oleh kanak-kanak juga.

“Lagi pun bila anak saya besar nanti, bolehlah saya tunjuk drama ini kepada anak-anak saya,” katanya.

Selain Kamal, Hikayat Bawang Putih turut dibintangi barisan pelakon terkenal termasuk Mira Filzah, Nabila Huda, Amalina Arham dan Datin Lisa Surihani.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Scroll to Top