SEGELINTIR lelaki gemar mendekati gadis bawah umur yang belum matang sebelum memperdaya mereka dengan janji-janji manis.
Di laman X, seorang wanita mendakwa dia juga pernah berdepan situasi sama ketika berumur 17 tahun.
Lebih mengejutkan, dia mendedahkan terjebak dengan menjalinkan hubungan mesra dengan rakan bapanya sendiri.
Remaja yang belum matang mungkin lebih berisiko untuk diperdaya lelaki lebih tua. -Gambar hiasan
“Dulu aku pernah skandal dengan kawan ayah aku. Aku tak berapa bijak masa tu. Kami dah buat segalanya, kecuali penetrasi (seks).
“Dia asyik suruh kahwin dengan dia, masa tu aku jatuh cinta sebab tak matang. Aku selalu jumpa dia.
“Dia akan memandu dua jam setiap hari untuk datang jumpa, kami tinggal di dua negeri berbeza,” tulisnya.
Sampailah aku dah besar, dia masih call, ajak check ini, ajak kahwin.
PENGADU
Menurut pengadu, dia kemudiannya tersedar sudah tersilap langkah sebelum memutuskan hubungan tersebut.
Namun katanya, gangguan berterusan dalam tempoh beberapa tahun memandangkan lelaki itu kenalan bapanya.
“Entah macam mana, setahun kemudian aku tersedar daripada lamunan. Aku terus putuskan hubungan. Tapi dia tetap akan minta nombor telefon baharu aku daripada ayah.
ARTIKEL BERKAITAN: 2 budak lelaki jadi mangsa wanita pedofilia, laku ‘sexual grooming’ selepas jumpa di tapak pengebumian
ARTIKEL BERKAITAN: Wanita kahwin ayah angkat pelik dilabel mangsa ‘child grooming’, tahu hukum halal haram… "Yang kecam, belajar agama lagi ya"
“Sampailah aku dah besar, dia masih call, ajak check in, ajak kahwin. Umur 25, aku baru ada kekuatan nak sound dia,” cerita wanita itu lagi.
“Paling menjengkelkan, wanita itu berkata lelaki tersebut juga tanpa segan silu hadir ke majlis perkahwinannya.
Kaum Hawa perlu menjaga batas apabila keluar bersama teman lelaki. -Gambar hiasan
“Masa aku kahwin, dia datang sebab ayah aku yang jemput. Dia datang bisik dan tanya, adakah ini sebab aku tinggalkan dia? Aku cakap sekurang-kurangnya bukan (kahwin) dengan orang tua tak sedar diri.
“Aku tak pernah cerita kepada sesiapa. Aku cuma kongsi di sini (X). Aku nak semua perempuan boleh berdiri dan makikan jantan tak guna macam ni, yang cuba grooming masa aku umur 17 tahun.
“Glad aku tak pernah terlanjur dengan dia, kalau tak mesti aku benci diri,” tulisnya lagi.