RSS Suria

‘Kantoi’ merokok… Bapa tonyoh putung dalam mulut, sepupu genggam sampai melecur tapak tangan

UMUM mengetahui merokok membahayakan kesihatan dan kesannya bukan sahaja kepada individu yang menghisapnya, malah orang sekeliling.

Lelaki adalah kelompok terbesar yang menghisap rokok dan kebiasaannya mereka mula mengenali produk itu di bangku sekolah.

Seorang lelaki berkongsi kenangan tidak dapat dilupakan apabila ‘kantoi’ merokok dengan bapanya.

Asap rokok atau vape boleh memberi kesan buruk kepada kandungan. -Gambar hiasanAsap rokok atau vape boleh memberi kesan buruk kepada kandungan. -Gambar hiasan

“Aku pernah kantoi hisap rokok masa tingkatan empat, kena tonyoh dengan bapa aku rokok kretekkat mulut.

“Rokok kretekbara dia seketul-seketul jatuh dekat kain pelikat aku habis berlubang,” katanya.

Tambahnya selepas beberapa tahun iaitu selepas tamat persekolahan bapanya seolah-olah memberi kebenaran untuknya merokok.

“Beberapa tahun kemudian dia kata Ba ada dekat Langkawi ni, nak balik dah, nak pesan beli rokok apa?” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN:Wanita sedia lepaskan BF perokok, tak mahu dituduh mandul jika kahwin tapi tiada anak – “Padahal lelaki tak subur sebab rokok”

ARTIKEL BERKAITAN:Wanita penat tanggung suami gaji kecil, nak beli rokok pun minta isteri… Paling sakit hati duit dalam dompet kerap hilang!

Perkongsian itu mengundang perokok dan bekas perokok berkongsi kenangan pertama kali ‘kantoi’ merokok.

Salah seorang netizen berkongsi kenangan dia dan adik beradiktermasuk saudara maranya yang takut untuk merokok di hadapan abang sulung.

Sepupu yang 50-an perokok pun tak berani merokok depan dia.

NETIZEN

“Abang long saya haramkan rokok. Adik beradik lelaki empat orang ada seorang je merokok. Tu pun sampai berhenti merokok tak pernah kantoi.

“Sepupu pun takut. Ada seorang sepupu genggam rokok tengah membara sampai melecur tapak tangan takut kena pelempang.

“Sekarang abang long dah pencen, sepupu yang 50-an perokok pun tak berani merokok depan dia,” kata lelaki berkenaan.

Pengaruh rakan sebaya antara sebab lelaki merokok ketika di bangku sekolah. -Gambar hiasanPengaruh rakan sebaya antara sebab lelaki merokok ketika di bangku sekolah. -Gambar hiasan

Tambahnya, anak-anak abangnya itu juga pernah dibelasah kerana kantoi merokok di sekolah.

“Anak abang long dua orang merokok. Yang sulung merokok kat sekolah kena tangkap dengan cikgu.

“Ayah dia tau depan-depan cikgu tu kena belasah dengan abang long,” katanya.

Scroll to Top