RSS Suria

Kapsyen tak ‘best friend’ dengan tudung undang salah faham, Mona Allen perjelas cari gaya sesuai bukan tanggal hijab

KAPSYEN ditulis pelakon Mona Allen yang seolah-olah memberi bayangan mahu menanggalkan tudung mengundang salah faham dalam kalangan pengikutnya.

Mona atau Muna Hafianeza Allen, 39, sebaliknya menjelaskan perkongsian tersebut sekadar mahu bertanya pendapat pengikutnya mengenai jenis tudung yang bersesuaian dengan bentuk wajahnya.

“Suka spekulasi benda yang korang tak pasti. Kalau nak buka dah lama kita buka!

Copy of Untitled - 2024-07-07T163655.106

Mona menjelaskan perkara itu menerusi InstaStory.

“Tak adalah kita nak buat pengumuman macam nak naik pesawat.

“Saya maksudkan tudung bawal itu, tak ‘best friend’ dengan muka kita. Faham tak?” katanya.

Mona menjelaskan perkara itu menerusi hantaran di InstaStory pada Ahad.

ARTIKEL BERKAITAN: Ditegur ambil tempahan kek ketika berpantang, Mona Allen tak sampai hati kecewakan pelanggan… Ada pembantu tolong di dapur

ARTIKEL BERKAITAN: Mona Allen selamat bersalin anak kedua, timang bayi lelaki

Sebelum ini, pelakon itu membuat perkongsian gambar dengan kapsyen memberitahu dia tidak sesuai mengenakan hijab.

Rata-rata netizen di ruangan komen menyuarakan kebimbangan mereka terhadap kapsyen Mona malah ramai yang meninggalkan kata-kata semangat buat pelakon itu.

Suami kepada aktres berkenaan iaitu pelakon Pekin Ibrahim turut mencuri perhatian apabila menulis komen memuji kecantikan isterinya ketika berhijab.

Copy of Untitled - 2024-07-07T163928.069

Komen Pekin turut mencuri tumpuan pengikut di Instagram.

Pekin turut berseloroh mahu mencari biadadari lain sekiranya isterinya bertindak menanggalkan hijab.

“Tudung jelita macam bidadari syurga. Kalau tak tudung nanti di syurga saya dapat bidadari lain baru tau!” ujarnya.

Dalam pada itu, Mona turut menjelaskan dia sekadar meminta pendapat netizen dalam hantaran tersebut dan tiada niat lain.

“Lepas itu, kita suruh komen…bukan suruh vote pakai tudung ke tidak! Saya suruh komen saja,” jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Scroll to Top