NAMA penyanyi Saixse menjadi bualan ramai apabila muncul dakwaan kononnya dia mencuri kad bank milik pelakon Zarina Anjoulie.
Tidak hanya itu, timbul pula tuduhan kononnya mereka berdua pernah menjalinkan hubungan cinta sehingga Zarina hamil.
Menyangkal tuduhan tersebut, Zarina atau mesra disapa Anju, 38, sebaliknya menjelaskan mereka hanya terlibat dalam urusan kerja.
“Saya tidak hamil anak dia dan saya tiada apa-apa dengan dia kecuali kerjasama yang tak jadi,” katanya.
Zarina jelaskan hubungan dengan Saixse hanya urusan kerja.
Anju menulis perkara tersebut di Instagram miliknya pada Jumaat selepas kecoh dengan pendedahan dibuat berkaitan Saixse sebelum ini.
Malah pelakon itu dipercayai telah membuat laporan berhubungan isu berkenaan selepas memuat naik video berada di sebuah balai polis di Instastory miliknya.
Zarina juga memaklumkan akan mendedahkan lebih lanjut tentang kemelut di antara mereka.
ARTIKEL BERKAITAN:Hidung baharu tak sesuai dengan penampilan, Zarina Anjoulie cadang buang implan
ARTIKEL BERKAITAN:Hati-hati terima hadiah makanan, Saixse abai mesej pelik di media sosial
Sementara itu, tinjauan mStar di ruang komen Instagram Saixse atau Saiful Gabbir, 23, menjadi sasaran netizen yang menuntut dia tampil menjelaskan perkara sebenar.
Ramai turut memerli Saixse yang sepatutnya lebih berhati-hati kerana tahu akan sikap Zarina yang tidak akan berdiam diri jika dia dipermainkan.
“Selidik dulu Zarina itu siapa. Jangan main-main dengan dia. Tiada duit, jangan mencuri. Kau silap orang pula tu.
Netizen menuntutSaixse tampil membuatpenjelasan.
“Silap orang kau buat salah. Tu Anju dah cari kau,” antara komen netizen.
Pada Jumaat, Zarina dalam pendedahannya mendakwa Saixse mencuri kad bank miliknya dan penyanyi itu gagal dihubungi.
Zarina memberitahu dia juga cuba berbincang secara baik namun tidak diendahkan.
Usaha mStar mendapatkan kenyataan balas Saixse mengenai isu tersebut tidak berjaya apabila nombor telefon penyanyi lagu Malam Pagi itu tidak lagi aktif.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!