KEAKRABAN pasangan pelakon Sherie Merlis dan Hasnul Rahmat tidak lebih daripada sekadar teman baik.
Sherie atau Sharifah Saadah Wan Zainal Kassim, 53, berkata dia menghargai persahabatan terjalin selain menyifatkan Hasnul sebagai seorang rakan memahami dan baik.
“Sebagai seorang pelakon sukar untuk mencari kawan contohnya, bila sudah rapat kami akan jarang berjumpa apabila penggambaran selesai.
Sherie dan Hasnul (kiri) sebelum ini didakwa sering keluar bersama.
“Hasnul seorang sahabat yang baik dan kami sentiasa memberi sokongan terhadap satu sama lain.
“Ada masanya memang kami tak berjumpa tapi kami boleh memahami tetap keakraban itu tidak pernah putus,” katanya kepada mStar.
Sherie berkongsi perkara itu ketika ditemui di majlis tayangan perdana filem Bisikan Dosa yang diadakan di GSC Tropicana Mall pada malam Isnin.
ARTIKEL BERKAITAN: Ash dan Sherry Merlis Selamat Diijabkabulkan
ARTIKEL BERKAITAN: Perlu buat persiapan awal elak gemuruh – Hasnul Rahmat
Dalam pada itu, Sherie tidak selesa jika ada pihak membuat andaian mereka menjalinkan hubungan cinta hanya kerana dilihat rapat.
Jelasnya, pada tahap sekarang juga mereka tidak mencari publisiti dengan ‘menjaja’ kisah cinta.
“Sebenarnya dari sebelum saya berkahwin kami sudah berkawan baik. Waktu itu juga dia sudah ada kekasih sampailah berkahwin dan bercerai memang kami tetap berkawan.
Hasnul seorang sahabat yang baik dan kami sentiasa memberi sokongan terhadap satu sama lain.
SHERIE MERLIS
PELAKON
“Hasnul memang seorang yang baik. Siapa sanggup bertahan jadi kawan saya, memang saya hargai sangat,” ujarnya.
Untuk rekod, Sherie pernah berkahwin dengan pelakon Esma Daniel pada 1992 namun bercerai lima tahun selepas mendirikan rumah tangga.
Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Habib Daniel, 30, dan Harith Daniel, 29.
Sherie selesa berkawan dengan Hasnul.
Sherie kemudiannya bernikah dengan penerbit muzik Tengku Shafiz-Rullah Tengku Mohd Shahid atau lebih dikenali sebagai Ash pada 2 Januari 2012.
Bagaimanapun, pasangan ini didakwa sudah berpisah pada Disember 2023 selepas Ash memuat naik hantaran memberitahu dia kini bergelar bapa tunggal.
Sherie dan Ash dikurniakan dua cahaya mata iaitu Tengku Kaseh Anaqah, 13, dan Tengku Areef Bolkiah As Syafiee, 11.
Sherie membintangi filem Bisikan Dosa yang akan ditayangkan pada 9 Januari ini.
Selepas Sherie kembali solo, tular dakwaan mengatakan dia dan Hasnul sedang menjalin hubungan cinta kerana sering dilihat keluar bersama.
Dalam perkembangan lain, Sherie bakal muncul dengan filem terbaharu berjudul Bisikan Dosa yang akan ditayangkan di seluruh pawagam tanah air bermula 9 Januari ini.
Selain Sherie, Bisikan Dosa turut dibintangi barisan pelakon popular termasuk Farid Kamil, Sara Ali, Uqasha Senrose dan Juliana Evans.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube