RSS Suria

Kecil-kecil dah guna ‘kabel’, bolot jawatan pengawas… Cikgu didakwa pilih kasih, selit anak sendiri masuk pertandingan wakil sekolah

PELAJAR yang memegang status sebagai anak kepada seorang guru yang mengajar di sekolah tempat dia belajar sebenarnya berdepan banyak cabaran di sekolah.

Antaranya mereka perlu berkelakuan baik dan memastikan keputusan akademik yang cemerlang demi menjaga air muka ibu bapa.

Namun, timbul juga dakwaan mengenai layanan double standard yang diberikan kepada anak-anak guru sehingga mereka sering menjadi keutamaan di sekolah.

Blanketed by haze.A boy looking out the window of MRT. P.Nathan/The Star

Kanak-kanak yang berbakat sepatutnya diberi peluang untuk mengharumkan nama sekolah. -Gambar hiasan

Di Facebook, seorang individu turut membangkitkan isu itu yang mana dia mendakwa anak-anak guru mempunyai peluang lebih cerah untuk memegang jawatan dan mewakili sekolah dalam apa-apa pertandingan.

“Memang wujud jenis cikgu yang nak anak dia terpilih dalam aktiviti sekolah yang ada… baik uniform, kelab atau sukan.

“Kalau anak tak terpilih, mulalah jadi isu dan mengeruhkan suasana. Entah apa-apa,” tulis individu berkenaan tanpa memperincikan dakwaannya.

Jangan main pukul rata… saya bukan jenis macam tu, bagi peluang pada murid yang betul-betul layak.

GURU

Hantaran itu menerima pelbagai reaksi netizen yang turut berkongsi pengalaman sama dilalui mereka.

“Bukan setakat permainan (sukan). Segala pangkat jawatan semua anak cikgu ‘sapu’. Anak siap cakap, semua pengawas atau ketua kelas mesti anak cikgu.

“Sama juga dengan pelantikan pengawas. Dulu masa aku sekolah, anak-anak cikgu semua boleh jadi pengawas. Konon interview tapi alih-alih anak beranak dia je yang dapat.

ARTIKEL BERKAITAN: Dihantar ke pedalaman, guru guna duit elaun ubah kelas jadi ala kafe! Buka cerita kenapa nak sangat jadi cikgu

ARTIKEL BERKAITAN: “Untung jadi cikgu, tiba-tiba gaji naik†– Pemuda sindir guru, bangkit isu kerja separuh hari… Siap sentuh banyak cuti sepanjang tahun

“Saya salah seorang yang pernah kena. Masa sukan sekolah dulu, saya dapat lima pingat emas, satu pingat perak. Tapi anak saudara cikgu yang dapat satu pingat diangkat jadi olahragawan.

“Dulu aku lumba lari lawan anak cikgu. Jelas kot anak cikgu tu jauh ketinggalan. Tapi sebab dia anak cikgu, dia terpilih pergi final.

“Budaya ini akan kekal sehingga kiamat,” tulis beberapa netizen.

Namun, beberapa guru serta anak guru turut tampil mempertahankan diri dalam perdebatan maya itu dan menganggap tuduhan berkenaan sebagai tidak berasas.

A situation secondary school with students arrive at the morning during reopened after long holidays in conjunction of Chinese New Year at Rawang.— FAIHAN GHANI/The Star

Sekolah merupakan tempat terbaik untuk memupuk bakat dan potensi pelajar. -Gambar hiasan

“Aku kedua ibu bapa guru. Terasa kamu cakap macam tu. Aku dapat medal itu ini sebab aku memang power, bukan sebab cable.

“Jangan main pukul rata. Saya cikgu. Saya bukan jenis macam tu. Bagi peluang pada murid yang betul-betul layak.

“Maaf. Saya jurulatih. Tapi tak seorang pun anak saya terpilih walaupun masuk pemilihan.

“Saya anak cikgu tapi itu semua tak berlaku. Saya turun selection. Ada yang saya terpilih, ada yang saya gagal,” tulis beberapa individu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Scroll to Top