RSS Suria

Kedekut sumbang makanan ‘potluck’, staf gaji RM3,000 buat muka tebal lepas jamuan… Paling laju bungkus lauk orang bawa!

JAMUAN secara potluckbersama rakan-rakan di pejabat merupakan acara biasa yang cukup menyeronokkan.

Masing-masing sudah merancang bermacam-macam menu untuk dibawa, tidak kurang juga yang sudahterbayanghidangan menyelerakan untuk dijamah.

Namun apa yang tidak enak didengar apabila terdapat segelintirnya enggan memberikan kerjasama untuk memeriahkan jamuan.

“Semalam potluck ofis, semua teruja rancang nak bawa menu itu ini. Tapi salah seorang staf yang dilihat sebagai ‘anak emas’ dengan selamba cakap tak bawa apa-apa apabila kami tanya.

“Tapi apabila potluck berakhir, orang yang sama terpaling beria-ia bungkus semua jenis lauk-pauk yang dibawa staf lain,” katanya menerusi satu hantaran di laman sosial.

Membeli barang dapur untuk menyiapkan juadah jamuan. -Gambar hiasan

Mengulas lanjut, dia berpendapat bahawa jamuan secara potluckitu adalah mengenai kerjasama dan berkongsi rezeki.

“Saya fikir ia mengenai saling memberi dan menerima serta berkongsi.

“Ini mungkin salah satu perkara yang berdasarkan common sense yang kita perlu ada,” ujarnya sambil menambah ia adalah penting untuk hidup dalam masyarakat yang memerlukan saling hormat-menghormati.

ARTIKEL BERKAITAN:Gaji besar kerja di Singapura, kawan-kawan seronok ‘pau’! Asyik minta belanja tapi tak pernah ucap terima kasih

ARTIKEL BERKAITAN:Pekerja baharu dipulau rakan ofis… Syak sebab terlalu jujur bercerita dengan bos tentang cara kerja staf senior

Dalam pada itu, dia turut mendedahkan staf yang dimaksudkan merupakan pekerja lelaki dengan pendapatan bulanannya lebih RM3,000.

Menurutnya, persiapan untuk jamuan seumpama ini tidak seharusnya dilihat sebagai tugas wanita semata-mata, kerana ia perlu dilakukan dengan kerjasama semua pihak.

Datang je la makan tapi buatlah kerja sikit… bukan jadi orang pertama tapau dan balik.

NETIZEN

“Dia lelaki bergaji lebih RM3,000. Tapi kan, pekerja lelaki lain boleh pula bawa makanan. Yang gaji basic je semua tu. Saya terharu tengok usaha mereka.

“Bukan bawa apa dan berapa harga. Kami bukan lihat semua tu, kami hanya nak berkongsi sama-sama. Jadi, apa-apa je memang tak kisah,” katanya lagi.

Bukan semua pekerja mahu memberi kerjasama di pejabat. -Gambar hiasan

Di ruangan komen, rata-rata netizen terkejut dengan sikap pekerja berkenaan yang enggan bekerjasama dengan rakan-rakan sekerja untuk mengadakan jamuan secara potluck.

“Tak reti masak boleh order, tak nak order, boleh bancuhkan air sedap.Atau buat dessert…paling mudah sumbanglah buah.

Potluck tu, kita yang bawa makanan ni niatkansedekah buat makan-makan. Tak apa ladia tu tak bawa makanan dengan apa saja alasan.

“Kadang-kadang tak kisah pun. Datang je la makan tapi buatlah kerja sikit. Kemas-kemas ke, tolong bungkus makanan lebih ke, bukan jadi orang pertama tapau dan balik,” demikian antara komen netizen.

Scroll to Top