RSS Suria

Kekal istiqamah ‘perang’ dalaman, Avaa Vanja pernah terdetik buka hijab

TIGA tahun melalui perjalanan hijrah, tidak mudah buat pelakon Avaa Vanja kekal istiqamah.

Akui Avaa atau Avaa Vanja Mohamad Ramli, 45, ada ketikanya pernah terdetik dalam hatinya untuk melepaskan hijab yang dipakai.

“Istiqamah itu sukar. Bukan sahaja luaran tetapi juga perang dalaman yang tiada siapa nampak.

“Selama tiga tahun saya melalui hijrah yang lengkap. Saya memakai tudung dan melanjutkan pelajaran peringkat ijazah dalam pengajian Islam.

Perkongsian Avaa di Instagram.

“Tetapi kebelakangan ini, hanya dalam masa beberapa saat ada bisikan dalam fikiran ‘bagaimana jika saya tanggalkannya?’,” katanya.

Avaa menulis perkara tersebut dalam satu hantaran yang dimuat naik di Instastory miliknya pada Ahad.

Tambah pelakon ini, perasaan itu terbit dalam diri disebabkan wujud konflik dalam diri sendiri selain terasing selepas membuat perubahan termasuk penampilan.

“Tak pernah membayangkan akan sampai ke tahap ini, bukan sebab ingkar tetapi saya penat.

ARTIKEL BERKAITAN:Avaa Vanja sebak, menitis air mata kongsi kisah hijrah… Hati terjentik gara-gara anak!

ARTIKEL BERKAITAN:Avaa Vanja didekati ‘Mat Salih’ sejak cerai, ada sebab cari lelaki Melayu sebagai calon suami

“Saya rasa konflik. Rasa kehilangan diri yang pernah saya kenal dahulu.

“Istiqamah dalam keraguan terutama apabila sekeliling sering beritahu saya seperti tidak cukup kerana berpegang pada apa saya percaya,” luahnya.

Dalam satu hantaran berbeza, Avaa turut meluahkan rasa kesal terhadap pihak memandang rendah golongan wanita yang tidak memakai hijab.

Avaa harap hatinya kuat berdepan ujian.

Lebih mengecewakan lagi, ia datang daripada rakan-rakan yang lengkap menutup aurat.

“Ada wanita berhijab memandang rendah kepada mereka yang tidak bertudung. Menghakimi dan mempersenda di majlis ilmu.

“Ia sangat mengecewakan. Sebab rakan saya yang tidak berhijab tidak pernah buat begitu,” ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Scroll to Top