SEPANJANG musim perayaan ini, pelbagai kerenah rakyat Malaysia dapat kita saksikan menerusi perkongsian di media sosial.
Selain kisah-kisah meruntun emosi, banyak video mencuit hati turut dikongsi untuk tatapan bersama.
Di TikTok, seorang wanita turut berkongsi kisah melucukan apabila dia ditinggalkan di sebuah stesen minyak.
Ramai pulang ke kampung untuk merakan lebaran bersama keluarga. -Gambar hiasan
Menurut Mazidah Amir, ia berlaku kerana suaminya tidak menyedari dia keluardarikereta untuk membeli minuman.
“Kisahnya, laki turun isi minyak. Bini turun beli air. Siap isi minyak, laki terus gerak.
“Bini siap beli air, keluar tengok tak ada kereta. Adoilah kenangan sungguh.
Bini turun beli air. Siap isi minyak, laki terus gerak.
MAZIDAH AMIR
“Dia boleh tinggalkan bini dia dekat (stesen minyak) Petron,” tulis wanita itu pada kapsyen video.
Menurut Mazidah, suaminya terpaksa berpusing semula untuk menjemputnya yang ditinggalkan di stesen minyak berkenan.
“Call, rupanya dia dah jalan. Ni bukan raya terkejut, ni raya huru hara,” tulisnya lagi.
ARTIKEL BERKAITAN:“Kami tak tergerak hati toleh belakang” – Ibu bapa terkejut dapat panggilan tanpa nama, rupanya anak tertinggal di stesen minyak
ARTIKEL BERKAITAN:Rutin berubah, mak ayah ‘rushing’ sampai terlupa ada bayi! Amal 9 teknik ini elak insiden tertinggal anak dalam kereta
Video itu menerima lebih 20,000 tontonan dan turut dihujani pelbagai komen netizen.
“Nasib bawa phone. Kalau phonetinggal, satu kerja nak pinjam phonesiapa-siapa.
Pelbagai kisah hari raya dikongsi di media sosial. -Gambar hiasan
“Part ini yang saya takut. Apa-apa, mesti cakap kat laki nak turun pergi mana-mana.
“Adoi macam ni pun ada ya. Teruja nak balik kampung,” tulis netizen.