SETIAP ibu pasti ingin memberikan yang terbaik untuk anak-anaknya.
Di laman sosial, seorang wanita meluahkan rasa kurang senang apabila dia sering didesak supayamemberikan baju anak perempuannya kepada adik ipar yang sedang hamil.
“Anak aku baru je masuk sembilan bulan dan sejak usia dia lima bulan, mak mentua aku sibuk suruh bagi baju-baju anak aku kat adik ipar yang sedang hamil.
Bakal ibu pasti teruja menyediakan barangan keperluan bayi. -Gambar hiasan
“Aku tak pernah ada niat nak sedekahkan baju-baju tu walaupun memang anak dah tak muat, baju-baju tu cantik dan tak murah,” luahnya.
Tambahan pula, kesemua pakaian tersebut dibeli dengan duit ‘tabungan’ kerana dia mahu memberikan yang terbaik untuk anaknya.
Dia yang enggan dikenali turut menyatakan, baju harian yang dipakai pun dibeli di butik dan bukanlah dari laman e-dagang biasa.
ARTIKEL BERKAITAN: Lepas ‘payung’ baju baru untuk keluarga, mak bagi ‘hint’ nak duit raya pula… Anak sulung mula berendam air mata
ARTIKEL BERKAITAN: Bapa enggan terima hadiah baju raya harga diskaun! Minta anak tak berkira dengan mak ayah
“Aku kumpul duit nak beli baju cantik-cantik tu, baju harian pun tak beli kat Shopee atau TikTok.
“Bukan aku tak suka mak-mak yang beli baju dari situ, tapi masing-masing punya kehendak kan.
“Jadi apabila mak mentua asyik suruh, sampaikan di kenduri saudara mara pun sebut, aku jadi semak kepala,” tambahnya lagi.
Kalau kita memang niat nak bagi, tak apalah tapi kalau minta terus macam ni, memang menyampah.
WARGA MAYA
Pada masa sama, dia turut meluahkan kehairanan kerana adik iparnya tidak menolak pelawaan mentuameskipun mampu membelipakaian mahaluntuk anak yang bakal lahir.
Menurut wanita ini, adik iparnya juga seorang yang berkemampuan dan mempunyai kerjaya hebat.
“Dia kerja bagus, biarlah dia beli sendiri baju anak dia, dia mampu.
Netizen memberikan beberapa cadangan kepadanya
“Kenapa nak menagih baju anak aku? Aku nak simpan baju-baju anak aku, mana tahu dia dapat adik… boleh bagi pada adik dia pula.
“Setiap kali tanya, aku tak sampai hati nak jawab yang aku tak mahu bagi tapi dalam hati memang menyumpah,” luahnya yang hanya mampu menunjukkan tingkah laku tidak selesa terhadapkedua-dua beranak itu.
Menerusi ruangan komen, kebanyakan warga maya memintanya untuk berterus terang tentang niatmenyimpan baju untuk anak seterusnya.
“Cakap je nak simpan untuk bayi baru sebab tak mahu beli dah.
“Beli yang preloved je, murah sangat untuk bayi baru lahir kemudian bagi selambak pada mereka.
“Doakan je adik ipar tu dapat anak lelaki, tak kan nak bagi anak lelaki pakai baju perempuan.
“Kalau kita memang niat nak bagi, tak apalah tapi kalau minta terus macam ni, memang menyampah,” ujar beberapa warga maya.