SISTEM pekerjaan yang membolehkan pekerja bertugasdari rumah (BDR) atau work from home (WFH) banyakdiamalkan pada zaman sekarang.
Fleksibilitisistem kerja bukan sahaja memberi penjimatan dari segi tenaga elektrik dan kos operasidi pejabat, malah menjimatkan masa sertakos pengangkutanbagi kalangan warga kerja itu sendiri.
Wanita ini juga merupakan antara warga kerja di sebuah syarikat yang dibenarkan untuk melakukan tugas dari rumah.
Sistem bekerja dari rumah (BDR) bukan sahaja menjimatkan kos pengangkutan, malah dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas. -Gambar hiasan
Dia yang juga bergelar seorang ibu bagaimanapun tersinggung apabila ditegur keluarga sendiri gara-gara menghantar anaknya ke taska ketika bekerja dari rumah.
“Salah ke bila saya WFH, tapi masih hantar baby ke taska?
ARTIKEL BERKAITAN:Tak dapat cuti panjang, mak ayah bengang taska tutup seminggu… Tak ada siapa nak jaga anak
ARTIKEL BERKAITAN:Harap bos tukar mentaliti lama, kembalikan sistem kerja hybrid! Rupanya ramai ‘rindu’ zaman Covid-19, nak WFH elak stres
“Minggu lepas, abang ipar dan isteri tanya banyak kali kenapa saya WFH tapi hantar baby ke taska,” katanya.
Menerusi satu hantaran di laman sosial, dia tampil menjelaskan bahawa dia dan suami sudah pun membayar yuran taska untuk anak mereka.
Anak kita perlukan penjagaan dan kita kena fokus dengan kerja.
NETIZEN
“Kalau suami saya, dia akan cakap dah bayar penuh sebulan kan. Jadi hantar je la,” katanya.
Di ruangan komen, rata-rata netizen berpihak kepada wanita itu kerana sistem kerja WFH bukan bermaksudseorang ibu ‘wajib’ menjaga anaknya di rumah.
Kanak-kanak teruja bermain bersama rakan-rakan. Gambar hiasan
Ini kerana kemudahan yang diberikan oleh majikan itu seharusnya digunakan sewajarnya dengan melakukan tugas dengan cekap dan lancar.
“Tak salah. Kerja itu adalah kerja. Sebagai pekerja, kita kena fokus bekerja sebab dibayar gaji.
“Awak nak kerja WFH tapi anak-anak berkeliaran dalam rumah. Siapa nak uruskan? Awak dibayar gaji untuk WFH tapi tak fokus sepenuhnya dengan kerja kalau jaga anak di rumah.
“Duit kita yang bayar, kita yang tentukan. WFH tu kita masih bekerja. Anak kita perlukan penjagaan dan kita kena fokus dengan kerja,” antara komen netizen.