RSS Suria

Kerja syif malam, siang sibuk urus anak… Wanita pelik alih-alih suami pula dikasihankan orang sekeliling

SETIAP bidang pekerjaan berbeza-beza cabarannya.

Ada sesetengah kerjaya yang memerlukan seseorang itu bekerja pada sebelah malam, ketika kebanyakan masyarakat sedang lena dibuai mimpi beralaskan bantal empuk.

Antara kekangan terbesar waktu kerja sebegini adalah hubungan dengan yang tersayang boleh menjadi renggang dan senario paling teruk, terus putus.

Wanita juga mempunyai hak untuk bekerja. -Gambar hiasan

Melalui satu luahan di laman sosial, seorang wanita mencoretkan rasa terkilan kerana merasakan diri dipandang serong oleh masyarakat disebabkan rutinnya yang bekerja syif malam.

Menurut wanita itu, apabila ada yang mempertikaikan tentang waktu kerjanya, mereka seolah-olah bersifat berat sebelah terhadap wanita.

“Saya sejujurnya penat, letih hadap soalan orang sekeliling setiap kali dibangkitkan topik saya bekerja syif malam. Antara ayat telinga saya selalu dengar, kesian lelaki kau tinggal seorang sebab kau kerja malam.

ARTIKEL BERKAITAN: Buat aduan lepas ‘resign’, wanita menang kes cuti bersalin tak ikut akta! Majikan rasa teraniaya diarah bayar pampasan

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita sindir ibu hamil pergi check-up, lama ‘berkampung’ di klinik kesihatan – “Benda sekejap je, bukan seharian kau dekat KK”

“Habis tu, tiada siapa yang nak kesian dekat saya ke? Saya ni penat bekerja tau cari rezeki untuk keluarga! Saya pun pernah duduk seorang dekat rumah waktu suami kerja sampai lewat malam, ada sesiapa kisah pasal saya?

“Sudahlah saya bekerja syif malam, kemudian saya juga yang uruskan anak-anak di rumah. Mana rasa simpati masyarakat untuk saya? Saya korbankan masa malam yang manusia perlu tidur, pada waktu sama masih jalankan tanggungjawab sebagai isteri.

“Kenapa suami saya sahaja yang dikasihankan, adakah wanita perlu keraskan hati dan cuma telan semua ketidakadilan ini?” soal wanita tersebut.

Kalau orang bercakap apa-apa tentang kita, bagi masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.

WARGA MAYA

Menjengah ke ruangan komen, warga maya juga dilihat bersetuju dengan perspektif yang diketengahkan wanita itu.

“Betul, dalam apa-apa hal mesti perempuan yang kena dulu. Ada sekali tu, suami saya tiba-tiba ringan tangan nak menyapu daun depan rumah, terus jiran puji cakap rajin. Jadi, selama ni saya duduk menyapu daun tu, saya tak rajin ke?

Pelayar bertukar pandangan.

“Saya bekerja sama bidang dengan suami, tapi setiap kali balik rumah, mesti mak mentua cakap kesian dekat suami sebab penat kerja, jadi saya mengular ke dekat pejabat tu seharian?

“Kita jangan dengar apa orang cakap, mulut mereka memang tidak boleh dikawal, kita buat hal kita je. Kalau orang bercakap apa-apa tentang kita, bagi masuk telinga kanan, keluar telinga kiri,” demikian antara komen warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Scroll to Top