RSS Suria

Kesihatan nenek Zahirah Macwilson semakin merosot, reda jika ditakdirkan ‘pergi’

PELAKON Zahirah Macwilson meluahkan rasa sedih selepas berkongsi perkembangan kesihatan terkini neneknya iaitu Faridah Nyak Mohd yang kini sedang dirawat di sebuah hospital.

Zahirah atau Nur Zahirah Macwilson Zainul Macwilson, 29, berkata, keadaan Faridah semakin memburuk sehinggakan lebih banyak perkembangan negatif berbanding positif.

“Dia semakin teruk… Asyik cabut ‘mask’, tak nak pakai.

size NP 1 - 2024-08-08T101231.206

Keadaan nenek Zahirah semakin merosot.

“Halusinasi, merungut, percakapan yang tidak jelas dan tiba-tiba marah dan merengek kesakitan.

“Cuba bangun sebab nak balik, tak nak makan atau minum,” katanya.

Zahirah berkongsi perkara itu menerusi satu hantaran di Instastory miliknya pada pagi Khamis.

ARTIKEL BERKAITAN: Berat badan bertambah 10 kilogram, Zahirah Macwilson suka makan nasi sejak hamil anak kedua

ARTIKEL BERKAITAN: Sedih ibu Zahirah MacWilson, anak sedang sarat mengandung kena hina dan fitnah

Dalam pada itu, Zahirah juga memberitahu dia tidak sanggup melihat neneknya itu dalam keadaan terseksa.

Malah, aktres itu reda sekiranya sudah tiba masa neneknya pergi menghadap Illahi.

“Tidak pernah terbayang akan melihat dia sebegini. Apabila dia melihat kita ia seolah-olah dia tidak berada di sana.

size NP 1 - 2024-08-08T101326.709

Nenek Zahirah alami kegagalan buah pinggang, jantung lemah dan paru-paru berair.

“Saya memberitahunya dengan berat hati semalam, “Kalau nenek kena pergi, nenek pergi okay.

Dia perlahan-lahan mencapai tangan saya meminta saya meraihnya dan mengangguk, hati saya berkecai,” luahnya.

Pada Isnin, Zahirah memaklumkan neneknya mengalami kegagalan buah pinggang, jantung lemah dan paru-paru berair.

Selain itu, doktor juga tidak memberi sebarang harapan mengenai masa depan Faridah sama ada bakal sembuh seperti biasa atau sebaliknya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Scroll to Top