RSS Suria

Khidmat kejut sahur hanya gurauan, Andi Bernadee bukan mainkan perasaan peminat

NAMPAKNYA ramai betul ambil serius dengan hantaran penyanyi Andi Bernadee kononnya menawarkan perkhidmatan kejut sahur sepanjang bulan Ramadan.

Andi atau Andi Azrul Andi Mapangile, 34, berkata, disebabkan gurauan itu dia menerima ratusan mesej daripada peminat yang mahu dia mengejutkan mereka ketika waktu sahur.

“Asalnya saya buat hantaran di Thread dan ia mendapat sambutan ramai… Disebabkan itu saya buat hantaran sama di media sosial lain pula

Hantaran yang dibuat Andi jadi rebutan peminat.

“Tak sangka pula dapat beratus mesej yang mahukan perkhidmatan itu!

“Mereka yang mengenali saya pasti tahu ia sekadar gurauan sahaja,” katanya ketika dihubungi mStar pada Rabu.

Dalam pada itu, Andi berkata, walaupun ia sekadar gurauan namun terdapat segelintir peminat berkeras mahukan perkhidmatan tersebut sehingga berulang kali menghantar mesej kepadanya.

ARTIKEL BERKAITAN:Andi Bernadee janji tak hilang lagi, mahu buat showcase untuk peminat… Syukur nama masih dikenali

ARTIKEL BERKAITAN:Tak lagi kongsi hal peribadi di IG, Andi Bernadee trauma berdepan penyakit misteri… Enggan undang perkara negatif

Bagaimanapun Andi tidak berasa marah kerana sedar dia sendiri menjadi punca kekecohan tersebut.

“Ramai juga anggap ia serius sampai bagi nombor telefon, hantar kod QR dan paksa saya buat perkhidmatan ini.

“Saya diamkan sahaja sebab saya sendiri yang mengundang! Jadi kenalah sedia dengan semua maklum balas,” ujarnya.

Sudah lama tak buat konten jadi saja nak mencuba.

ANDI BERNADEE

PENYANYI

Sementara itu, Andi menyangkal dakwaan perbuatannya itu disebabkan mahukan perhatian selepas lama menyepi di media sosial.

Sebaliknya kata Andi, apa dilakukan itu sebagai cara dia menyapa dan bergurau dengan peminat di media sosial.

“Sudah lama tak buat konten jadi saja nak mencuba sebab dalam setahun dua ini saya tak aktif di media sosial.

Andi sibuk dengan kerjaya seni, bukan menyepi diri.

“Jadi bila kembali aktif ini dapat lihat mereka yang mengikuti saya dan pengikut baharu,” luahnya.

Sebelum ini, kecoh di media sosial mengenai hantaran Andi yang menawarkan perkhidmatan kejut sahur dengan beberapa pakej serendah RM2 hingga RM50.

Dalam perkembangan lain, Andi baru sahaja melancarkan lagu raya berjudul Inikan Hari Raya hasil ciptaannya bersama Hanis Rafi, Firdaus Rahman dan Omar K.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp,Telegram,Twitter,TikTok,Facebook,InstagramdanYouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Scroll to Top