RSS Suria

Kiss Of Life akhirnya ke Asia, konsert di Kuala Lumpur 13 April 2025

SELEPAS berjaya dengan konsert jelajah menerusi 35 persembahan di Korea Selatan, Amerika Utara dan Eropah, kumpulan Kiss Of Life akhirnya bakal menghiburkan peminat di negara Asia.

Paling penting, konsert jelalah Kiss Road 2025 bakal diadakan di Malaysia pada 13 April depan di Mega Star Arena, Kuala Lumpur.

Terdiri daripada empat orang ahli, Kiss Of Life menjanjikan pengalaman yang tidak akan dilupakan buat peminat yang hadir.

NP - 2025-02-11T145210.380

Kiss OF Life akan buat persembahan di Malaysia 13 April.

Paling penting peminat berpeluang berinteraksi secara langsung dengan kesemua anggotanya pada konsert itu nanti.

Dianggotai oleh Belle, Natty, Julie dan Haneul, kumpulan ini memulakan debut pada tahun 2023.

Nama Kiss Of Life mula melonjak naik menerusi lagu Sticky pada Jun tahun lalu sehingga mendapat perhatian di seluruh dunia.

Lagu Sticky berjaya menduduki carta iTunes di banyak negara dan berada dalam carta 10 Teratas Billboard World Digital Song Sales Chart.

ARTIKEL BERKAITAN: Kekecewaan peminat terubat, konsert 2NE1 di Kuala Lumpur 1 Februari 2025

ARTIKEL BERKAITAN: Janji pelbagai kejutan buat peminat, konsert N.Flying di Malaysia 1 Disember

Tidak terhenti di situ, mereka juga berada di kedudukan ke-87 dalam Billboard 200 bagi pencapaian hebat untuk kumpulan K-Pop.

Gaya mereka yang unik dan diinspirasikan dari kehidupan remaja serta dewasa menyebabkan status mereka di industri muzik semakin mendapat perhatian.

Tiket konsert Kiss Road 2025 bakal dijual bermula 15 Februari ini pada pukul 11 pagi di tiga laman web iaitu ticketingtix.com, ctrip.com, dan trip.com

Harga tiket dijual pada harga RM338 (Kategori 4), RM438 (Kategori 3), RM538 (Kategori 2), RM668 (Kategori 1), dan RM798 (VIP dengan akses Sound Check Party).

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Scroll to Top