GARA-GARA memuat naik kandungan dan komen jelik melibatkan agama Islam, pelawak Harith Iskander dan seorang wanita iaitu Cecelia Yap dikompaun sebanyak RM10,000.
Tindakan tersebut dibuat ke atas kedua-dua individu itu oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), selepas mendapat izin daripada Jabatan Peguam Negara (AGC).
“Tindakan kompaun itu akan dikenakan ke atas Harith Iskander dan Cecelia Yap di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, berdasarkan peruntukan sebelum pindaan akta yang berkuat kuasa pada 11 Februari lalu,” kata SKMM dalam satu kenyataan kepada pemberita pada Rabu.
Hantaran Harith yang mengundang perhatian ramai.
SKMM dalam kenyataan sama berkata, pihaknya juga memohon Meta untuk menurunkan kandungan berkenaan memandangkan ia turut melanggar garis panduan komuniti di Facebook.
Jelasnya, permohonan untuk menutup kedua-dua akaun Facebook milik Harith dan Cecelia juga sudah dilakukan.
“Permohonan itu kini dalam penelitian dan penilaian pihak Meta,” katanya.
ARTIKEL BERKAITAN:Shahrol Shiro dah buat laporan polis, dakwa lawak ditulis Harith Iskander buka ruang agama dipersenda
ARTIKEL BERKAITAN:Jakim tidak kompromi isu persenda agama, bakal panggil Harith Iskander
Pada Januari lalu, Harith, 54, memuat naik sekeping foto di Facebook miliknya yang memaparkan segelas kopi dinamakan hamsap kopi berharga RM5.50 berserta kapsyen yang membuka ruang kepada netizen memberikan komen mempersenda serta menghina kesucian Islam.
Susulan itu terdapat akaun menggunakan nama Cecelia Yap Song meninggalkan komen berbaur penghinaan terhadap Nabi Muhammad SAW.
Cecelia kemudiannya tampil memohon maaf berhubung kenyataan dibuat.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp,Telegram,Twitter,TikTok,Facebook,InstagramdanYouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!