RSS Suria

Kos tinggi, gadis Kedah persoal syarikat panggil ‘interview’ di KL… Anggap ‘redflag’ jika tak boleh pertimbang buat ‘online’

MENERIMA panggilan untuk menghadiri sesi temu duga kerja pastinya satu beritamenggembirakan.

Biarpun hati berdebar-debar memikirkan banyak perkara, calon pasti berusahamembuat persiapan awal bagi menunjukkan diri bersedia dan berada pada tahap terbaik.

Namun, seorang gadismempersoalkan kewajaransyarikat meminta calon yang tinggal jauh supaya datang ke sesi temu duga secara fizikal.

“Tak faham kenapa syarikat nak sangat face to face interview. Kalau calon kat Kedah, tak kan nak kena pergi Kuala Lumpur/Selangor semata-mata untuk interview?

“Dah lakerja tu tak pasti dapat lagi, selepas tu nak kena keluarkan duit untuk pengangkutan, hotel dan lain-lain. Orang kalau tengah cari kerja ni selalunya tak ada duit tau,” katanya menerusi satu hantaran di laman sosial.

Setiap pekerjaan mempunyai cabaran tersendiri. -Gambar hiasan

Menurut gadis itu, dia sedar menunjukkan usaha merupakan kriteria penting bagi seseorang calon selain faham sesi temu duga secara bersemuka diperlukan untuk sesetengah jawatan.

ARTIKEL BERKAITAN:Calon usung mak ayah datang temu duga kerja, siap ikut masuk bilik HR… Wanita serba salah nak tegur suruh keluar

ARTIKEL BERKAITAN:Gadis cantik ‘lenggang kangkung’ datang ‘interview’ kerja… Tak sempat cakap banyak penemu duga hambat balik

Namun katanya, memikirkan situasi zaman sekarang dengan segala-galanya di hujung jari, maka syarkat seharusnya mempertimbangkan untuk melaksanakan temu duga secara dalam talian.

“Tak semua orang senang nak travel jauh, terutamanya kalau duduk luar Kuala Lumpur/Selangor. Kadang-kadang kita perlukan sikit fleksibiliti.

“Kalau dah pasti dapat kerja, tak ada masalah nak berbelanja untuk pindah sana. Yang jadi masalah sebab tak pasti dapat tapi dah kena keluarduit,” ujarnya.

Kita yang nak kerja, kita la kena usaha. Kita yang nak sesuatu takkan sesuatu tu pula datang kat kita.

NETIZEN

Tidak cukup dengan itu, dia turut memperincikan anggaran kos yang perlu ditanggung sekiranyamenghadiri sesi temu duga secara fizikal di Kuala Lumpur.

“Tiket bas dari Kedah ke Kuala Lumpur sehala sebanyak RM75. Kalau dua hala dah RM150. Hotel kurang-kurang RM100 satu malam. Makan minum? Mungkin RM30.

“Jumlah dah RM280. Itu kos untuk satu interview. Kalau 10 interview? Tak ke dah RM2,800,” jelasnya.

Kebanyakan penemu duga memilih untuk melaksanakan sesi temu duga secara fizikal. -Gambar hiasan

Menerusi ruangan komen, perkongsian gadisitu mendapat pelbagaipandangan dalam kalangan netizen, malah ada yang melabelkannya sebagai ‘red flag’ kerana mempersoalkan kewajaran untuk hadir ke sesi temu duga.

“Kalau attitude macam ni awal-awal dah berkira memang redflagged calon macam ni. Nampak sangat tak ada usaha dan jenis rasa tak nak susah. Good luck kalau attitude macam ni.

“Kita yang nak kerja, kita la kena usaha. Kita yang nak sesuatu tak kan sesuatu tu pula datang kat kita. Kalau tak ada duit, usaha dulu. Kalau nak pergi interview pun tak ada duit, nanti dapat kerja macam mana nak bayar bilik sewa, transport semua?

“Rasa membuak-buak untuk ubah kehidupan itulah jadi pendorong. Rasanya kalau tak face to face interview sebab jauh, ambil kerja yang berdekatan je,” demikian antara komen netizen.

Susulan itu, gadisberkenaan menegaskan bahawa ia sekadar pandangan peribadinya sambil menambah tidak bermakna seseorang itu tidak bersungguh-sungguh mencari kerja hanya disebabkan mahu pilihan yang lebih praktikal.

“Semua orang ada situasi masing-masing. Bukan semua mampu travel macam tu hanya nak cuba nasib. Saya fikir kalau syarikat tak boleh nak fleksibel pun redflag,” katanya lagi.

Scroll to Top