SETIAP individu yang bekerja ‘makan gaji’ pasti pernah mengalami situasi luar jangka sehingga terpaksa mengambil cuti kecemasan (EL).
Keperluan mengambil cuti kecemasan bukan sahaja terhad kepada masalah kesihatan, tetapi juga meliputi keadaan lain yang mendesak dan menyukarkan pekerja tersebut untuk bertugas.
Kecoh di laman sosial baru-baru ini susulan postingseorang pelayar yang mengingatkan orang ramai supaya tidak menyalahgunakan cuti kecemasan.
Postingasal yang dikongsikan seorang pelayar sebelum ia dipadam.
“Just nak ingatkan, EL untuk perkara mendadak dan tak boleh dijangka. Bukan untuk suka-suka,” tulisnya dalam ciapan di laman X.
Pelayar tersebut turut menyenaraikan contoh beberapa situasi yang tidak boleh dijadikan alasan yang sah untuk pekerja mengambil cuti kecemasan.
“Tak valid untuk EL seperti hujan lebat, tayar pancit, saudara jauh meninggal dan haiwan peliharaan mati.
“Jaga hak dan guna cuti dengan betul ya,” tulisnya lagi.
ARTIKEL BERKAITAN:Gigih telefon klinik persoal MC staf, HR kena hamun dengan doktor! Betul-betul demam disuruh masuk ofis juga
ARTIKEL BERKAITAN:Lucu tapi benar, HR siasat aduan kentut di pejabat… Rakan sekerja terus insaf, gurauan dipandang serius
Posting berkenaan mengundang perdebatan hangat bukan saja di laman X bahkan di aplikasi Thread, dengan rata-rata warga maya tampil mengecam kenyataan yang dibuat.
Seorang warga maya dalam satu ciapannya sebagai respons kepada perkara tersebut berkata diapernah mengambil cuti kecemasan kerana kucing peliharaanmati.
Terperangkap dalam bencana alam juga antara perkara yang boleh dipertimbangkan untuk mengambil cuti kecemasan. -Gambar hiasan
“Saya EL tahun lepas sebab kucing mati. Bekas bos besar saya bagi ucapan takziah panjang gila dan suruh saya berehat lepas urus tanamkucing saya.
“Bekas bos saya pula mesej untuk beritahu dia faham saya sedih dan suruh saya berehat juga. Saya habiskan masa sehari suntuk menangis.
“Saya tak tahu apa peranan OP (operations professional) di syarikatnya tapi untuk pengetahuan anda, bekas bos besar dan bekas bos saya tu berpangkat tinggi pun masih ada perikemanusiaan,” tulisnya lagi.
EL untuk pets meninggal valid bagi saya. Kucing saya dah jadi macam anak-anak.
NETIZEN
Pandangan individu tersebut turut dipersetujui netizen yang rata-ratanya menyifatkan majikan atau kakitangan di jabatan sumber manusia (HR) sewajarnya mempunyai empati jika alasan cuti kecemasan adalah berkaitan dengan haiwan peliharaan.
“Baca tweet sambil menitik air mata sebab pernah alami. Kucing atau apa-apa haiwan kita bela dekat rumah, bila dah tak ada memang akan terasa kehilangan. Ia bukan sekadar haiwan peliharaan, tetapi sebahagian daripada keluarga.
“EL untuk pets meninggal valid bagi saya. Kucing saya dah jadi macam anak-anak,” antara komen netizen.
Sebahagian daripada komen netizen terhadap isu cuti kecemasan.
SemakanmStar mendapati ciapan asal sudah pun dipadamkan oleh pelayar berkenaan dipercayai selepas dikecam hebat warga maya.
“HR company mana ‘buat teruk’ sangat ni?
“Tolong ada sedikit empati, cik HR. Awak sepatutnya menjadi jambatan dan pemudah cara.
“Ramai yang mengecam awak ni, bulan-bulan puasa ni stop ladulu thread tarik crowd orang kecam ni,” komen netizen.