RSS Suria

Kutip RM15.3 juta dalam 4 hari, ‘Ejen Ali The Movie 2’ bukti filem animasi tempatan semakin hebat

FILEM animasi Ejen Ali The Movie 2 (EATM2) berjaya mencipta kejayaan besar apabila berjaya merekodkan kutipan sebanyak RM15.3 juta hanya dalam tempoh empat hari tayangan.

Perkara itu menjadi satu titik permulaan memberangsangkan dan ia membuktikan filem animasi tempatan masih mendapat tempat di hati penonton.

Bersyukur dengan pencapaian itu, pengarah filem EATM2 iaitu Usamah Zaid Yasin, berkata, dia dan produksi berasa terharu dengan sambutan diterima kali ini.

Kutipan EATM2 sangat memberasangkan.

Malah perkara itu menjadi pemangkin semangat buat mereka untuk terus menerbitkan filem animasi berkualiti tinggi pada masa hadapan.

“Alhamdulillah, sejak sesi fans screening sehingga ke tayangan rasmi di pawagam, sokongan yang kami terima sangat luar biasa.

“Bagi pihak produksi, kami berasa amat terharu dan gembira setiap kali membaca komen serta maklum balas daripada penonton.

ARTIKEL BERKAITAN:‘Ejen Ali: The Movie 2’ tampil watak baharu, telan kos RM10 juta

ARTIKEL BERKAITAN:Ejen Ali semakin matang, Ida Rahayu garaukan suara

“Semua itu sangat bermakna buat kami dan lebih menggalakkan kami sebagai pengkarya untuk terus mengusahakan naskhah Ejen Ali yang akan datang,” katanya.

Filem Ejen Ali The Movie 2 mengisahkan seorang budak lelaki Bernama Ali yang secara tidak sengaja direkrut sebagai ejen rahsia oleh agensi perisikan Meta Advance Tactical Agency (MATA).

Ejen Ali bersemangat untuk membuktikan dirinya dalam Projek Satria, sut berperisai yang dibantu Kecerdasan Buatan (AI) terbaharu daripada MATA.

Filem EATM2 raih pujian penonton.

Semasa Ali bergelut dengan tanggungjawab barunya untuk menguasai Satria, dia harus menerima keputusan MATA untuk memberikan rakan (dan saingannya) Alicia sebagai pemegang seterusnya peranti superkomputer, IRIS.

Sementara itu, penggodam Neonimus muncul semula untuk mencetuskan kekacauan terhadap MATA, menandakan konspirasi yang lebih besar di Cyberaya.

Filem ini sudah mula ditayangkan di seluruh pawagam Malaysia dan Brunei sejak 22 Mei lalu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Scroll to Top