MELALUIkisah percintaan hampir serupa membuatkan dua penyanyi muda iaitu Putri Dahlia dan Zaki Yamani mudah berkerjasama dalam karya terbaharu mereka berjudul Aku Ada.
Putri Dahlia, 21, berkata pengalaman yang pernah dilalui sebelum ini juga membuatkan setiap lirik lagu tersebut dapat dihayati dan disampaikan dengan baik.
“Kami ada kisah yang sama. Jalan cerita yang ingin disampaikan adalah tentang situasi perpisahan.
Zaki dan Putri selesa merakamkan lagu bersama.
“Bagi saya sesebuah lagu itu lebih mudah disampaikan jika kita pernah lalui cerita sebenar. Itu apa yang saya rasa,” katanya kepada mStar.
Menurutnya lagi persahabatan yang telah terjalin sejak 10 tahun lalu bersama Zaki menyebabkan mereka cukup serasi sekali gus memudahkan sesi rakaman.
Malah dia ada alasan tersendiri untuk tampil berduet dengan anak penyanyi Datuk Jamal Abdillah itu.
ARTIKEL BERKAITAN:Sorok kisah cinta, Zaki Yamani takut orang ingat dirinya songsang
ARTIKEL BERKAITAN:Putri Dahlia hanya pendengar setia, tak campur masalah rumah tangga Nora Ariffin
“Awalnya saya hasilkan lagu ini untuk nyanyian solo. Namun kemudian merasakan perlu orang yang menjawab semula soalan dalam lagu ini.
“Disebabkan keserasian dengan Zaki saya rasa sesuai untuk kami nyanyi bersama. Kami juga sudah berkawan baik sejak 2016,” jelasnya.
Sementara itu Zaki atau Ahmad Zaki Yamani Jamal Ubaidillah, 19, memberitahu dia sudah mula jatuh cinta dengan lagu ini sejak pertama kali mendengar.
Lagu Aku Ada kisah sebenar Putri dan Zaki.
Zaki juga akui tema perpisahan yang dibawakan ada kaitan dengan kisah peribadi sebelum ini.
“Lagu ini menceritakan kisah cinta yang dilalui. Saya sebenarnya pernah bercinta, tapi akhirnya disakiti dan ditinggalkan.
“Bila Putri Dahlia tawarkan untuk bekerjasama dan saya juga sudah tahu kisah di sebalik lagu, jadi saya setuju,” kongsinya.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube