RSS Suria

‘Lain Macamnya Raya’ buat emosi penonton macam roller coaster, babak Erra Fazira ditumbuk Ellie Suriaty paling ikonik

APALAH erti lebaran sekiranya kita tidak disajikan dengan iklan raya yang sarat dengan emosi sehingga mampu membuat penonton menitiskan air mata.

Tapi bagi yang sudah menonton Astro Raya 2025 – Lain Macamnya Raya pasti dapat merasai perbezaan sebab ia bukan iklan raya biasa dipaparkan.

Sebaliknya emosi penonton pastinya bakal bercampur baur apabila menyaksikan jalan cerita mengenai kisah seorang janda anak tiga iaitu Jumaah Abdul Majid lakonan hebat Ellie Suriaty.

Namun sebelum emosi penonton tersentuh, mereka pastinya tidak kering gusi dengan elemen komedi ditampilkan termasuk babak Ellie menumbuk wajah pelakon Erra Fazira kerana mahu berhutang selepas mengambil baju ditempah.

Babak di antara Ellie dan Erra itu boleh dikatakan antara adegan ikonik dalam mana-mana iklan raya.

Ellie (dua dari kanan) dipilih sebagai watak utama dalam iklan Lain Macamnya Raya.

Ellie (dua dari kanan) dipilih sebagai watak utama dalam iklan Lain Macamnya Raya.

Aksi spontan Ellie atau Ellie Suriaty Omar, 54, itu secara tidak langsung berjaya mencuit hati penonton namun siapa sangka rupa-rupa berlakunya ‘plot twist’ yang membuatkan penonton menangis di pertengahan cerita.

Iklan raya berdurasi lapan minit ini menyingkap kisah Jumaah yang mempunyai tradisi sambutan hari raya sama setiap tahun.

Baginya, setiap anak wajib menggayakan busana sedondon berwarna merah jambu dan menghidangkan juadah raya seperti rendang, lemang dan dodol di pagi raya.

Pun begitu, keadaan berubah apabila anak-anaknya iaitu Nadim, Budi dan Malik berkahwin dan tradisi keluarganya itu tergugat kerana menantu-menantunya ingin menyediakan menu raya lain sewaktu beraya di rumah Jumaah.

Di sinilah bermula bagaimana pengarah Hyrul Anuar bermain dengan emosi penonton yang baharu sahaja bergelak ketawa bertukar menjadi drama air mata.

ARTIKEL BERKAITAN:Netizen puji ‘Project: Exit’ dan Astro wujudkan inisiatif AI rakam respons pelakon kepada pengguna media sosial

ARTIKEL BERKAITAN:Tiga hari tayangan, ‘Kahar: Kapla High Council’ raih kutipan RM3 juta

Kata Hyrul atau Mohd Khairul Anuar, 37, dia sengaja menyelitkan unsur sedih dalam iklan bergenre komedi ini kerana mahu lebih dekat kepada penonton.

Menurutnya, dalam kemeriahan menyambut hari raya, penonton di Malaysia tetap mahukan elemen sedih sesuai dengan mood sambutan Aidilfitri.

“Skrip asal yang saya terima memang ‘meriah’ bergelak ketawa sepanjang iklan tersebut tapi saya tambah elemen sedih kerana penonton kita mahukan emosi sedih itu.

“Mesej utama saya mahu paparkan adalah dalam meriahnya raya itu kita mahu juga sentuh elemen emosi.

Hyrul menerapkan elemen sedih bagi menyentuh emosi penonton.

Hyrul menerapkan elemen sedih bagi menyentuh emosi penonton.

“Kalau lihat budaya masyarakat di Asia Tenggara sendiri pun, kita mempunyai nilai sentimental tinggi. Masyarakat kita sering mencari nilai-nilai yang memberi moral,” katanya kepada mStar.

Ditanya soal penerimaan penonton pula, Hyrul memberitahu dia bersyukur kerana formulanya untuk menjentik emosi masyarakat berhasil.

“Berdasarkan perhatian saya, penonton tak sangka iklan raya Astro tahun ni emosinya seperti ‘roller coaster’.

“Penonton ingatkan iklan raya ini buatkan mereka ketawa sampai akhir tapi tiba-tiba sedih lepas itu ketawa semula.

“Alhamdulillah formula yang saya ingin sampaikan, penonton terima dengan positif. Kalau ikutkan iklan-iklan raya di Malaysia ini satu genre sahaja, kalau komedi sampai habis, kalau sedih, sedihlah sampai habis iklan,” ujarnya.

Astro Raya 2025 - Lain Macamnya Raya boleh ditonton di YouTube Astro Malaysia.

Astro Raya 2025 – Lain Macamnya Raya boleh ditonton di YouTube Astro Malaysia.

Ditayangkan sejak 12 Mac lalu, iklan Astro Raya 2025 kini sudah mencapai lebih 1 juta tontonan di media sosial Astro.

Rata-rata netizen memberikan maklum balas positif dan menyifatkan iklan raya Astro tahun ini berjaya menambat hati penonton.

Malah ramai memuji dengan plot twist yang cuba diketengahkan dalam kisah ringan tetapi sarat mesej tersendiri.

“Video penuh manfaat, dari lawak hingga ke sedih. Apa pun terbaik Astro.

“Sedihnya babak kehilangan ayah mereka, bestnya iklan raya Astro tahun ini.

“Sebuah lagi iklan yang nak tunjuk tema meriah. Watak sampingan dia pun meriah weh, Erra, Zizan dan ada Joey,” komen netizen.

Tradisi keluarga Jumaah tergugat selepas kehadiran menantunya.

Tradisi keluarga Jumaah tergugat selepas kehadiran menantunya.

Selain Ellie dan Erra, Raya Astro 2025 – Lain Macamnya Raya menampilkan barisan pelakon popular lain seperti Zizan Razak, Watie Sadali, Joey Daud, Nadia Aqilah, Mierul Aiman, Evertts Gomes, Qasrina Karim dan Bella Dowanna.

Selain iklan Astro Raya 2025 – Lain Macamnya Raya, Astro turut menyajikan 12 telefilem raya baharu bermula 1 Syawal ini menerusi saluran Astro Ria, Prima dan Ceria.

Antara yang boleh dinantikan sepanjang Raya ini termasuk telefilem Rapun, Ayah Jangan Nangis, Terculik Sana Tertukar Sini, Jemaah Penanggal Kampung Lenggong, Pajak Raya dan Setia di Hujung Ingatan.

Turut ditayangkan termasuk Cinta Untuk Sekali Lagi Raya, Andai Tiada Dia Raya, Pulau Cinta Syawal, Dia Punya HatiC Bintang Dari Beaufort dan OSOM.

Layari astroraya.com.my untuk maklumat lanjut mengenai kandungan Raya Astro 2025.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Scroll to Top