RSS Suria

Lama pendam punca Loca B buka kisah mentua, kini dah ‘move on’ fokus hidup baharu

PENYANYI dan komposer Loca B tidak lagi mahu memikirkan kemelut bersama keluarga mentua kerana ingin memberi fokus terhadap masa depan anak-anak.

Loca atau Nabilah Hani Azali, 33, berkata, dia sentiasa mendoakan yang terbaik supaya tidak lagi berdepan dengan masalah keluarga yang boleh menjejaskan emosi dan kesihatan mental.

“Saya sudah move on dan mahu fokus dengan kehidupan baharu. Saya hanya doakan terbaik untuk semua orang supaya kita sentiasa bermuhasabah diri.

“Saya hanya mahukan yang terbaik untuk kami semua daripada segi kesihatan mental, fizikal dan emosi.

Loca (kanan) dan Tuju hanya mahu fokus membesarkan anak-anak.

“Apa yang saya boleh lakukan sekarang adalah fokus kepada masa depan anak-anak,” katanya kepada mStar.

Loca berkongsi perkara itu ketika ditemui di sidang media The Chosen One Xtra X Jutawan Ekpress yang diadakan di Astro, Bukit Jalil pada Selasa.

Dalam pada itu, Loca memberitahu dia menganggap kemelut yang berlaku bersama keluarga mentua ini adalah sebagai satu ujian daripada.

Kata Loca, dia tidak menafikan perkongsian yang dibuat di media sosial sebelum ini disebabkan rasa hilang sabar selepas bertahun lamanya memendam rasa.

ARTIKEL BERKAITAN: Loca B hilang sabar, dedah sikap ibu mentua… Tuju dah mesej tapi nombor kena ‘block’

ARTIKEL BERKAITAN: Anggap hari terbaik, anak Loca B terima Sijil Kelulusan Warganegara Malaysia

“Secara jujur terlalu banyak perkara yang berlaku dalam hidup saya dan perlu diselesaikan. Saya menganggap ini semua adalah ujian daripada Tuhan.

“Kalau nak cakap memang kita ini emosi, mungkin juga sudah bertahun saya diam. Saya sebenarnya mahu teruskan hidup seperti biasa.

“Saya mahu lakukan yang terbaik, mencari rezeki halal untuk pastikan anak-anak saya terjaga. Itu adalah tanggungjawab paling besar yang saya ada,” ujarnya.

Saya sudah move on dan mahu fokus dengan kehidupan baharu.

LOCA B

PENYANYI/KOMPOSER

Ditanya mengenai respon suami terhadap kemelut bersama mentua, Loca memberitahu Tuju atau Mohd Azree Shah Awang Zamree, 29, sentiasa memberikan sokongan dan memahami situasi sebenar tentang apa yang berlaku.

“Suami saya sentiasa di sisi saya (memberikan sokongan). Dia tidak perlu bersuara secara lantang tetapi saya tahu dia sudah melakukan yang terbaik.

“Suami saya tahu apa yang terjadi dan kami hanya mahu melepaskan semuanya (masalah) dan hanya fokus pada keluarga kecil kami.

Perkongsian Loca yang dimuat naik di Instastory miliknya sebelum ini.

Pada Februari lalu, Loca meluahkan rasa tidak puas hati terhadap ibu mentuanya kerana mendakwa pernah melakukan penipuan dengan mencuri hasil kerja kerasnya ketika mengandungkan Bintang Aiko.

Menurut Loca, dia enggan lagi hidup dalam keadaan trauma dan mengambil keputusan untuk bercerita masalah mereka kepada umum.

Untuk rekod, Loca mendirikan rumah tangga dengan Tuju pada Mac 2021 dan mereka memiliki seorang cahaya mata iaitu Bintang Aiko yang kini berusia tiga tahun.

Loca juga mempunyai seorang anak lelaki melalui perkahwinan terdahulu yang diberi nama Yusuf Alexander, 9 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Scroll to Top