SEMPENA sambutan Aidilfitri, ramai yang berkongsi di media sosialkisah dan proses mereka sibukmengemas rumahuntuk menyambut tetamu.
Namun, cerita dikongsikan Fareeha Ameera ini sedikit berbeza kerana dia bukan sahaja membersihkan rumah sendiri, tetapi turut berbaktikepada jiran di sebelah rumahnya.
Menerusi satu perkongsian tular, wanita itu menceritakan bagaimana rumah jiran yang sudah tidak berpenghuni itusering menjadi tempat kucing melepaskan ‘hajat’.
Fareeha berkongsi video proses mencuci laman yang dipenuhi najis.
“Sejak aunty sebelah rumah meninggal, rumah dia tak ada orang jaga. Kucing liarmemang selalu membuang dekat laman rumah makcik tu.
“Lama kami tahan bau. Tapihari ini saya tolongbersihkan laman rumah dia.
“Ia demi (keselesaan) rumah saya dan rumah jiran-jiran lain. Nanti kasihan tetamu datang beraya tapi ada bau kurang menyenangkan,” tulisnya.
ARTIKEL BERKAITAN:Sayang company tapi penat bila rakan sekerja resign, MIA… Empat tahun kerja stres kena ‘cuci tahi’ orang lain
ARTIKEL BERKAITAN:“Suami ketawa sambil rakam” – Wanita panik anak terberak dalam butik mewah, berpeluh-peluh cuci najis atas lantai
Menurut wanita itu lagi, bau najis kucing itu menjadi lebih kuat jika musim hujan sekali gus menjejaskan keselesaan penduduk sekitar.
Menyedari bahawa bau busuk daripada sisa buangan kucing boleh mengganggu keceriaan hari raya, wanita tersebut mengambil inisiatif untuk membersihkan laman rumah tersebut.
“Tetamu datang nak beraya tak lepak rumah aunty.Tapi saya kena bersihkan rumah auntydemi kesejahteraan hidung sejagat (tetamu beraya),” tulisnya di ruagan kapsyen di TikTok.
Lama kami tahan bau, tapihari ini saya tolongbersihkan laman rumah dia.
PENGADU
Di ruangan komen ramai memuji inisiatif yang dilakukan wanita itu demi keselesaan dia dan jiran-jiran lain.
Malah ada yang turut berkongsi tentang kaedah bagi menghalang kucing-kucing liar daripada kembali menjadikan rumah jirannya itu sebagai ‘port’ berak dan kencing.
“Kucing kalau dah biasa berak, nanti kucing lain pun datang berak. Saya sembur minyak wangi, insyaAllah hilang. Kena keluar modal sikit.
“Saya pernah bela kucing. Kalau kucing suka berak merata, saya tuang kopi pekat hitam tu. Tempat dia selalu berak. Alhamdulillah dia tak berak sembarangan dah.
“Basuh sampai bersih kawasan dia berak. Pergi beli ubat gegat, kemudian ketuk-ketuk bagi hancur dan tabur dekat kawasan yang kucing selalu berak dan kencing tu. Saya buat menjadi,” komen beberapa netizen.
Ramai netizen yang turut berteka-teki mengenai kisah tersebut mengenai jirannya yang dikatakan telah meninggal tetapi tetap membuka pintu pagar untuk wanita itu.
Antara komen netizen di TikTok.
Ada yang berpendapat ia sekadar kebetulan, namun tak kurang juga yang berasa seram memikirkan kemungkinan lain.
“Sebenarnya siapa yang buka pintu. Aunty dah meninggal tapi boleh buka pintu? Keliru ni.
“Aunty dah meninggal? Tak ada orang jaga? Nak raya baru baik hati buka (pagar). Tapi masalahnya siapa yang bukakan pagar.
“Dia macam ni… aunty tu sudah meninggal lepas tu pagar tu mungkin dah karat ke apa itu yang terbuka sendiri. Akak tu sengaja cakap macam aunty tu balik buka pagar nak suruh basuh rumah dia,” ujar beberapa netizen.
Walaupun pemilik video membalas beberapa komen netizen, namun tiada sebarang jawapan pasti diberikan sehingga kini mengenai perkara tersebut.