MENJADI kumpulan gadis pertama dari Taiwan yang berjaya debut di Korea Selatan, GENBLUE bakal mengadakan jelajah promosi di seluruh Asia termasuk Malaysia tidak lama lagi.
Bagaimanapun bagi meralisasikan jelajah tersebut, GENBLUE perlu mengutip 30 juta tontonan menerusi muzik video terbaharu mereka iaitu Act Like That.
Act Like That merupakan EP pertama mereka mengandungi empat buah lagu yang bervariasi daripada rentak rancak hingga melodi menenangkan iaitu Act Like That, Oh!, Slow Down dan Feel Like Spring.
GENBLUE buktikan kebolehan masing-masing.
Bagi merakamkan album ini, ahli mereka iaitu Xxin, Yuan, Lili, Ayako dan Nico berusaha mempelajari bahasa Korea dengan baik.
Manakala Ayoen pula sememangnya ahli dari Korea Selatan yang turut membimbing ahli kumpulannya untuk bertutur bahasa berkenaan dengan baik.
Sejak dilancarkan, album ini juga menjadi bualan ramai terutama muzik video Act Like That yang menampilkan koreografi one-take serta memperlihatkan sisi berani tetapi ceria mereka.
Ketua kumpulan Xxin memberitahu, album ini mencerminkan intipati sebenar GENBLUE.
ARTIKEL BERKAITAN:Terkenal dengan gelaran Monster Rookies, Xikers bakal bertemu peminat di Malaysia 19 Januari ini
ARTIKEL BERKAITAN:Selepas 7 tahun menanti, akhirnya Running Man bakal gegar Malaysia 15 Februari depan
“Kami dedikasikan ia kepada peminat sebagai tanda penghargaan atas sokongan mereka yang tidak berbelah bahagi!,” kongsinya.
Nama GENBLUE merupakan gabungan perkataan Generation dan Blue yang melambangkan semangat era baharu serta keluasan lautan yang tiada berpenghujung.
Kumpulan ini mula mula meriah populariti menerusi rancangan realiti Next Girlz pada tahun 2023 dan mendapat latihan intensif bersama jurulatih ternama dari JYP, YG, SM dan HYBE.
GENBLUE raih kejayaan setiap tahun.
Mereka mencipta sejarah sebagai kumpulan gadis pertama dari Taiwan yang debut di Korea dengan single COCOCO pada tahun 2024, diikuti dengan kemenangan K-POP Rookie Award di Korean Culture and Entertainment Awards.
Mereka semakin menyerlah di Korea melalui persembahan muzik, acara tandatangan album, flash mob, kedai pop-up eksklusif serta kolaborasi foto booth.
Peminat di Malaysia boleh membantu mereka merealisasikan dengan menonton Act Like That menerusi saluran YouTube.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!