RSS Suria

Lancar lagu harap dapat kumpul dana pengurusan jenazah, Atu labur RM20,000 hasilkan ‘Tondu’

PELAWAK dan penyanyi Atu berharap kemunculan single pertama berjudul Tondu dapat membuka lebih banyak peluang tawaran persembahan pentas buat kumpulan Zero.

Atu atau Sharif Kunal Doli Sharif, 33, berharap hasil pendapatan daripada persembahan pentas dapat dimasukkan ke tabung perkhidmatan pengurusan jenazah yang diuruskan sejak empat tahun lalu.

“Sekarang ini pun kalau dilihat semakin kurang persembahan pentas di televisyen. Jadi kalau ada lagu ini mungkin akan lebih banyak tawaran.

atu 3

Zero tampil dengan single pertama untuk terus pikat hati peminat.

“Ini adalah sebagai salah satu usaha agar kami dapat mengumpul dana. Duit dari persembahan itu bolehlah digunakan untuk perkhidmatan pengurusan jenazah yang telah saya usahakan selama ini.

“Tampil dengan lagu baru ini bukanlan untuk bersaing dengan orang lain, cuma untuk terus kekal relevan dalam industri,” katanya kepada mStar.

Menurut Atu juga dia sanggup berbelanja besar malah menggunakan wang simpanan sendiri dalam penghasilan lagu ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Sharif dan Melati tak datang pelancaran lagu Zero, Atu sangkal bergaduh tapi sudah 4 bulan tak berjumpa

ARTIKEL BERKAITAN: Atu tak dendam Sharif buka aib, berbalas kenyataan di media sosial bagi nampak ‘gempak’

Biarpun ini merupakan kolaborasi bersama dua abangnya iaitu Sharif dan Melati, namun Atu memberitahu sedia sekiranya perlu menyanyikan lagu itu secara solo.

“Jika dipanggil bertiga, maka kami akan datang bersama. Jika tidak saya boleh bawa lagu ini secara solo.

Duit dari persembahan itu bolehlah digunakan untuk perkhidmatan pengurusan jenazah yang telah saya usahakan selama ini

ATU ZERO

PELAWAK/PENYANYI

“Sebagai persediaan, saya juga telah menghadiri kelas vokal supaya boleh menyanyikan lagu ini tanpa mereka.

“Saya keluarkan duit sendiri hampir RM20,000 untuk penghasilan lagu ini. Semoga akan membuka rezeki lebih luas di masa akan datang,” jelasnya.

Bercakap lanjut, Atu juga memberitahu konsep asal lagu ini adalah daripada abangnya iaitu Sharif yang pernah menjuarai program Famili Duo 2023 bersama Melati.

atu 4

Atu sanggup keluarkan duit sendiri untuk lagu baharu.

Susulan kejayaan tersebut juga dia menganggap ini adalah peluang terbaik untuk menyerlahkan bakat dalam industi seni.

“Abang-abang saya boleh menyanyi dan mereka berbakat. Mereka sudah buktikan sebelum ini dengan bergelar juara.

“Sayanglah kalau tiada lagu sendiri kerana mereka ada bakat menyanyi. Sebelum ini, asyik-asyik menyanyi lagu orang sahaja.

“Mereka menyanyi sepenuhnya lagu ini sementara saya banyak terlibat dalam bahagian rap,” ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Scroll to Top