TANGKAP layar perbualan WhatsApp pempengaruh Cik Epal dengan pengurus yang juga isteri penyanyi dan komposer Aepul Roza mencuri perhatian ramai.
Bukan isi kandungan mesej yang menjadi bualan sebaliknya ramai memuji Aepul melantik isterinya yang juga penyanyi Leez Rosli sebagai pengurus.
Ini kerana Aepul tidak perlu berurusan dengan mana-mana pihak terutamanya golongan wanita seperti Cik Epal yang mungkin boleh menimbulkan fitnah.
Paparan tangkap layar perbualan WhatsApp yang dikongsi oleh Cik Epal di Instagram miliknya.
Netizen juga memuji cara Aepul bekerja dan dianggap profesional selain menjaga perasaan isteri.
“Isteri adalah PA (pembantu peribadi), ini baru betul kerjasama.
“Contoh terbaik, hati isteri terjaga, curiga tiada.
ARTIKEL BERKAITAN: Aepul Roza tak sentuh isu rumah tangga Cik Epal dalam lagu, tapi mengaku ada usik sikit-sikit
ARTIKEL BERKAITAN: Aepul Roza gubah lagu duet, hadiah gelaran juara The Chosen One 2024 buat Kiki Fateeha
“Baru betul komunikasi melalui isteri, tak timbul fitnah,” tulis netizen.
Menerusi tangkap layar dikongsi Cik Epal di Instagram, Leez menghantar mesej memaklumkan mengenai perkembangan proses penghasilan lagu buat pempengaruh berkenaan.
Leez dalam mesej itu memberitahu suaminya meminta dia menghantar lagu ciptaan Aepul untuk didengar terlebih dahulu.
“Ini Aepul suruh forward lagu dekat Cik Epal untuk dengar dulu. Lirik masih belum finalize.
“Nanti apa-apa Cik Epal update ya,” katanya.
Netizen memuji sikap Aepul melantik isterinya (kanan) sebagai pengurus.
Sebelum ini ketika temu bual bersama mStar, Aepul memaklumkan bakal bekerjasama dengan Cik Epal menerusi lagu ciptaannya.
Kata Aepul, dia tidak akan menyentuh kisah rumah tangga personaliti media sosial itu dalam karya berkenaan.
Sebelum itu, nama Cik Epal menjadi bualan netizen kerana kontroversi rumah tangganya bersama bekas suami, Jofliam yang tidak berkesudahan.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!