MENELUSURI kehidupan berumah tangga, sikap hormat-menghormati antara pasangan amat penting bagi memastikan hubungan kekal harmoni.
Namun, kisah diceritakan seorang individu ini mengundang kemarahan ramai apabila seorang wanita dimalukansuaminya sendiri di hadapan khalayak.
Cerita bermula apabila seorang wanita terpaksa berdepan detik memalukan di sebuah pasar raya hanya kerana meminta izin untuk dibelikan snek berharga RM3.80.
Seorang wanita menceritakan kisah sedih berlaku ketika membeli barang dapur. -Gambar hiasan
“Saya pergi beli barang dapur. Kelam kabut sebab sudah pukul 9.30 malam. Saya beratur belakang seorang lelaki ‘sado’ ni nak bayar.
“Tiba-tiba dengar dari belakang, yang (sayang), beli ni satu boleh? Lama tak makan. Isteri mamat tu tunjuk snek kentang nipis.
“Harga RM3.80 je. Anda semua tahu dia jawab apa? Lapar sangat ke? Mati ke kalau tak makan? Isteri dia pandang saya, saya pandang bawah. Tak sanggup nak tengok muka isteri dia tahan malu,” katanya.
ARTIKEL BERKAITAN:Duit ada tapi wanita bujang ini suka buka puasa di masjid sepanjang Ramadan… Tapi risau pula orang label kedekut
ARTIKEL BERKAITAN:Isteri tak kuasa kejut suami bangun sahur banyak kali, macam budak kecil! Netizen suruh layan bak raja, banyak pahala
Menurut wanita itu, dia kecewa dengan tindakan lelaki berkenaan yang tidak menjaga air muka isterinya di hadapan orang ramai.
Malah, dia turut memberi pesanan kepada golongan wanita agar mencari sumber pendapatan sendiri supaya perkara sedemikian tidak berlaku.
“Sejujurnya saya memang tak boleh tahan dengan jantan jenis macam ni. Menyirap sangat. Tolong la perempuan dekat luar sana, tolong ada duit sendiri.
Mungkin dia seorang suri rumah dan tiada duit poket langsung.
NETIZEN
“Engkau sampai nak beli keropok pun kena malukan dengan suami sendiri… memang minta kena tabuh (pukul) la jantan macam ni,” tegas saksi kejadian yang berkongsi kisah ini.
Hantaran ini mendapat perhatian ramai netizen yang bersimpati dengan nasib wanita tersebut.Rata-rata mengecam tindakan suami yang dianggap biadab dan tidak menghormati isteri sendiri.
Komen netizen di media sosial.
“Kasihan… Mungkin dia seorang suri rumah dan tiada duit poket langsung. Kalau saya ada kat situ, memang saya hulur RM4 bagi dia beli dan makan senyap-senyap.
“Ramai je lelaki jenis kedekut macam ni, tak cakap semua tapi ramai. Saya pernah jumpa jantan macam ni. Minta beli buah potong pun kedekut tahi hidung masin,” komen beberapa netizen.