RSS Suria

Laporan ‘Anak Abby Abadi Meninggal Dunia’ tak benar, Marissa selar individu sanggup reka berita palsu demi duit

PERSONALITI media sosial yang juga merupakan anak pasangan pelakon Abby Abadi dan Norman Hakim iaitu Marissa Dania kurang senang dengan laporan berita palsu mengaitkan kematian dirinya.

Kata Marissa atau Marissa Dania Hakim, 19, tindakan tidak bertanggungjawab itu dilihat sengaja dicetuskan bertujuan untuk mengaut keuntungan semata-mata.

“Sanggup buat apa sahaja untuk duit,” katanya menerusi satu hantaran di InstaStory.

Copy of Untitled - 2024-12-10T115847.527

Marissa berkongsi perkara itu menerusi InstaStory pada Isnin.

Dalam hantaran tersebut, Marissa turut memuat naik paparan skrin laporan berita bertajuk ‘Anak Abby Abadi Meninggal Dunia’ yang dikongsi oleh seorang pengikut.

Hasil carian mendapati ia merupakan berita palsu namun menggunakan logo dan nama daripada portal terkemuka semata-mata untuk menarik perhatian ramai.

ARTIKEL BERKAITAN: Marissa Dania dilaporkan bersalin pra-matang, bayi meninggal dunia

ARTIKEL BERKAITAN: Lagi layan media sosial, lagi banyak merapu – Aiman Hakim kesal berita palsu sudah meninggal dunia

Artikel tersebut bagaimanapun tidak pernah diterbitkan sebaliknya hanya disertakan pautan membawa pembaca kepada platform e-dagang terkenal untuk mempromosikan produk.

“Allahuakbar, ingatkan betul-betul bukan link terus masuk laman jualan. Senang betul buat duit,” tulis pengikut berkenaan.

Marissa bukan selebriti pertama menjadi sasaran malah sebelum ini beberapa nama besar lain seperti Sheila Majid dan Alif Satar turut menjadi mangsa dengan modus operandi sama.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Scroll to Top