PELAKON Azhar Sulaiman meluahkan rasa bangga apabila tiga anaknya berjaya menamatkan pengajian di peringkat universiti.
Kata Azhar, 54, dia dan isterinya iaitu Chempaka Emalin sentiasa berharap agar kesemua anak akan mengikut jejak langkah mereka melanjutkan pengajian di menara gading.
“Sejak awal lagi kami berharap anak-anak akan mengikut jejak langkah.
Tiga cahaya mata Azhar.
“Syukur, semua sudah tamat belajar dengan jayanya dan mula bekerja,” katanya.
Azhar berkongsi luahan tersebut menerusi satu hantaran di Facebook selepas anaknya iaitu Kasih Leona berjaya menamatkan pengajian dalam bidang Sains Pengurusan di University of Bath, United Kingdom.
ARTIKEL BERKAITAN: Azhar Sulaiman terbuka jika anak ditakdirkan jadi isteri kedua, beri Leona kebebasan tentukan jodoh
ARTIKEL BERKAITAN: Susah rancang kewangan, Azhar Sulaiman desak bayar gaji ikut masa
Pelakon itu turut berkongsi gambar anak sulungnya, Kasih Leia Ixora yang merupakan graduan dari University of Nottingham.
Manakala seorang lagi anaknya yang juga merupakan kembar kepada Leona iaitu Andika Rees Pahamin sebelum ini belajar di University of Southampton , United Kingdom.
Leia (kiri), Rees dan Leona tamat pengajian dalam bidang masing-masing.
Untuk rekod, Azhar merupakan graduan dalam bidang seni bina di University of Newcastle dan isterinya adalah graduan University of Northumbria.
Dalam hantaran sama, Azhar sempat berseloroh untuk menikmati kehidupan yang lebih santai selepas anak-anaknya berjaya menamatkan pengajian.
“Selepas ini akan lebih banyak mainan untuk saya dan semestinya untuk cucu,” ujarnya.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube