RSS Suria

Lelaki ‘angau’ bercinta, rancang nikah janda… Bakal isteri terkejut difitnah guna nasi kangkang

SEORANG wanita meluahkan rasa kecewa apabila statusnya sebagai janda terus menjadi bahan hinaan, walaupun sudah tiga tahun bercerai dan cuba membina hidup baharu.

Wanita berkenaan menjelaskan dia kini sedang berkawan dengan seorang lelaki yang pernah dikenali sebelum perkahwinan terdahulu.

Lelaki itu turut menyatakan hasrat untuk bernikah, malah anak-anak wanita tersebut juga selesa dengannya.

Pasangan yang ingin mendirikan rumah tangga juga tidak terlepas daripada berdepan dengan pelbagai ujian. -Gambar hiasan AIPasangan yang ingin mendirikan rumah tangga tidak terlepas daripada berdepan pelbagai ujian. -Gambar hiasan AI

“Mak ayah lelaki itu juga baik. Nenek dia pun baik, semua terima saya. Hanya ada dua, tiga orang pakciknya menghina saya janda.

“Cakap saya mengambil kesempatan hingga menuduh saya memberi lelaki itu nasi kangkang,” kongsinya di media sosial.

ARTIKEL BERKAITAN: Bekas suami pilih janda tua kerja ‘gomen’, nak tumpang duit pencen bayar hutang – "Kutip la ‘barang’ buangan saya kak!"

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita tiada empati bengang janda suami telefon pukul 4 pagi beritahu anak masuk hospital – "Tak ada masa lain nak call?"

Jelas wanita itu, tuduhan itu menyebabkan hatinya sakit dan sangat perit untuk diterima.

“Ketika saya dihina, lelaki itu mempertahankan saya tapi pakcik dia cakap dia sombong angkuh dan kena nasi kangkang daripada saya.

“Sampai cakap ‘bercinta dengan janda mengalahkan bercinta dengan anak dara’,” katanya.

Rumah tangga tu milik berdua suami dan isteri. Abaikan orang luar.

NETIZEN

Tambahnya, pengalaman perkahwinan lalu yang penuh tekanan telah menyebabkan dia disahkan mengalami kemurungan.

"Saya tertanya-tanya, perlu ke saya undur diri hanya kerana beberapa suara sumbang? Sedangkan majoriti ahli keluarga menerima saya dengan baik.

“Tapi trauma lalu dan penghinaan yang berterusan ini membuatkan saya goyah," ujarnya, sedih.

Reaksi warga mayaReaksi warga maya

Perkongsian itu mengundang simpati netizen yang menyifatkan masyarakat masih lagi dibelenggu dengan stigma negatif terhadap wanita bergelar janda.

Tidak kurang juga warga maya memintanya mengabaikan sahaja pandangan orang lain dan memberi fokus kepada kehidupan baharu yang ingin dimulakan.

“Jangan pedulikan cakap orang lain. Tu semua sampah. Jauhkan diri dari orang-orang negatif ni.

“Teruskan je la. Lelaki tu suka. Mak bapa dia tiada halangan. Itu dah cukup. Semoga dipermudahkan.

“Rumah tangga tu milik berdua suami dan isteri. Abaikan orang luar,” antara komen netizen.

Scroll to Top