RSS Suria

“Lelaki bila bagi muka macam ni la jadi” – Wanita letih suami tiada ‘fungsi’! Agama ‘ke laut’, hujung bulan minta pinjam duit

PERANAN suami dan isteri sepatutnya saling melengkapi selepas mendirikan rumah tangga.

Namun, kesabaran seorang wanita teruji apabila dia merasakan hanya dirinya sahaja yang berusaha untuk mencari keharmonian dalam keluarga.

Membuat hantaran di laman Facebook, dia meluahkan rasa kecewa apabila usaha mendidik anak secara Islam tidak disokong oleh suami malah lelaki itujuga kurang memberi contoh yang baik.

“Bukan nak kata saya orang sembahyang cukup atau tidak. Setiap kali balik kampung suami, saya selalu perhati adik ipar dengan ayah mentua langsung tak pernah solat dalam rumah.

“Surau pun tak pernah pergi. Kalau pergi pun waktu sembahyang raya. Kadang-kadang tengok suami saya pun sama perangai.

Keharmonian rumah tangga boleh retak jika tiada persefahaman. -Gambar hiasan

“Saya sedih dekat diri saya. Macam mana suami nak didik anak kalau diri sendiri tak ubah cara hidup dia,” ujar wanita itu.

Menurut wanita ini,dia berasa lebih sedih apabila suami tidak menunjukkan minat untuk membimbing anak mereka dalam hal agama, walaupun sekecil-kecil perkara seperti mengaji danberdoa sebelum tidur.

Keletihan fizikal dan emosi semakin terasa apabila suami juga tidak pedulikan hal rumah tangga dan hanya mementingkan diri sendiri.

ARTIKEL BERKAITAN:Suami isteri solat bersama tingkat keharmonian rumah tangga, ini perkara perlu diberi perhatian ketika berjemaah

ARTIKEL BERKAITAN:Isteri ‘takut’ tengok suami tiba-tiba solat, berhenti ketum lepas dapat dokumen cerai! Syak cuma berlakon jadi baik

“Saya letih menguruskan anak, tapi saya usaha ringankan lidah sebut kalimah Allah dekat telinga anak. Nak harapkan suami, fikir penat dia je. Balik kerja, layan saya pun tak.

“Tanya fasal urus anak dengan rumah pun tak. Tahu buka tudung saji, cari lauk kenyangkan tenggiling (haiwan peliharaan) dia. Sampaikan saya diamkan diri, letih mulut bercakap,” jelasnya.

Lebih merumitkan keadaan, beban kewangan keluarga juga seolah-olah terletak sepenuhnya di bahu isteri apabila si suami sering kehabisan wang dan tidak segan untuk meminjam daripada pasangan.

Sis doakan je. Perangai memang kita susah nak ubah.

WARGA MAYA

“Duit dia tak cukup sampai hujung bulan, dia akan pinjam dekat saya. Tapi dah jadi macam ni memang saya tegas. Satu sen pun saya tak akan bagi.

“Walaupun hutang dengan isteri dia bayar, lelaki bila bagi muka… macam ni la jadi. Dia nak pinjam dekat adik dia, lantak dia la,” jelas wanita itu lagi.

Antara komen netizen di Facebook.

Hantaran dikongsikan ini meraih pelbagai pendapat netizen di ruangan komen yang meminta agar diaturut mendoakan suami terbuka hati untuk berubah.

“Insya-Allah nanti dia pelan-pelan berubah. Sis doakan je. Perangai memang kita susah nak ubah.

“Doa senjata utama seorang isteri. Doa untuk suami. Dalam masa sama kita didik anak untuk kenal Allah. Satu saat nanti anak kita besar. Dia patut tahu kewajipan pada Allah,” komen beberapa netizen.

Scroll to Top