RSS Suria

Lelaki dedah punca skandal di ofis, 8 jam bersama macam-macam boleh jadi… Tudung terselak, butang baju terbuka

CABARAN ekonomimasa kini membuatkangolongan wanita mulamemasuki sektor pekerjaan dengan tujuan membantu meringankan beban kewangan suami.

Jumlah wanita bekerja juga meningkat saban tahun termasuklah mereka yang sudah mendirikan rumah tangga.

Seorang pengguna media sosial berkata, peningkatan penyertaan golongan itu juga mendedahkan mereka kepada masalah skandal di pejabat yang semestinya mengundang dosa.

Kehadiran orang ketiga boleh merosakkan rumah tangga. -Gambar hiasan

Kehadiran orang ketiga boleh merosakkan rumah tangga. -Gambar hiasan

Katanya, selamalapan jam lelaki dan wanita akan bekerja bersama di pejabat dalam sepanjang tempoh itu pelbagai perkara boleh berlaku sekiranya batas pergaulan tidak dijaga.

“Lapan jam bekerja bersama ada ketika perempuan mencangkung ambil barang, tudung terselak, butang baju terbuka, tali baju dalam terlihat, kain terselak, bentuk pinggul dan dada yang mengghairahkan.

“Semua ini dilihat oleh rakan pejabat lelaki setiap hari. Belum lagi bau minyak wangi, mekap dan pakaian cantik yang menggoda.

“Maka yang lelaki wajib menjaga pandangan. Menghormati wanita. Tidak terlalu rapat terutama dengan isteri orang,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN:Sensasi ‘thrill’, boleh bergaya sakan untuk tatapan si dia… Ini 5 punca ramai pasang skandal di tempat kerja

ARTIKEL BERKAITAN:Habis waktu ofis, ‘jumpa’ kekasih gelap di ruang chat aplikasi jual beli pula! Acah nak bunuh diri lepas kantoi dengan bini

Individu itu juga berkata wanita yang bekerja khususnya wajib menjaga pandangan dan menjaga aurat mereka.

“Elakkan terlalu bermesra dengan lelaki yangbukan ajnabi. Tambah-tambah suami orang, wanita berkahwin, lagi kena jauhi.

“Lapan jam bekerja bersama, kadang-kadang membuat seseorang lebih ‘kamcing’ (akrab) dengan rakan sekejera berbanding suami atau isterinya,” katanya.

Lelaki wajib menjaga pandangan, menghormati wanita. Tidak terlalu rapat dengan isteri orang.

NETIZEN

Jelasnya perkara itu boleh berlaku sekiranya lelaki dan perempuan tidak tahu batas-batas dalam pergaulan, apabila ada yang keluar makan sekali, naik kereta bersama dan pelbagai situasi lain.

“Setakat tersentuh kulit semasa ‘pass’ barang tu biasa. Berlaga bahu, gurau tepuk bahu pun dah biasa.

“Itu belum lagi luar waktu kerja, rakan sekerja WhatsApp, bergurau, dan sembang benda di luar urusan kerja,” katanya.

Reaksi netizen

Reaksi netizen

Tambahnya, situasi adalah berbeza apabila mereka pulang ke rumah dalam keadaan badan kepenatan dan akhirnya terus tidur tanpa melayan pasangan.

“Nak bersembang suami isteri dapat la sejam dua. Kemudian masuk bilik tidur. Esok pagi pergi kerja lagi.

“Allahuakbar. Menakutkan. Semoga Allah pelihara kita dan ahli keluarga kita dari fitnah ini,” katanya.

Scroll to Top