RSS Suria

Lelaki ‘meratib’ nak kahwin empat, yakin isteri pertama patuh dan taat… Tapi kantoi beli barang dapur harap MyKasih

SEORANG wanita meluahkan rasa terhibur dengan sikap jirannya yang dianggap hanya bercakap besar apabila membangkitkan isu poligami dalam satu perbincangan di media sosial.

Menurut wanita itu, lelaki berkenaan mendakwa dia mampu beristeri empat dan tidak berdepan sebarang masalah kerana isterinya sudah dilatih untuk patuh dengan kehendaknya.

Malah, lelaki itu juga dikatakan berani menyatakan hasratnya untuk menambah ‘cawangan’.

Bukan mudah hidup berpoligami. -Gambar hiasanBukan mudah hidup berpoligami. -Gambar hiasan

“Dia kata kalau nak beristeri empat pun dia mampu. Kononnya bini dia sejak awal dah diajar tunduk dan tak bantah kehendak dia.

“Dia memang rancang nak tambah cawangan, sembang memang kencang,” kata wanita berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Hiba jadi saksi penerima MyKasih hampa sistem ‘down’, bayi kena minum susu pekat lagi – "Si ayah letak balik sebab tiada duit"

ARTIKEL BERKAITAN: Pembayar cukai ‘bitter’ lihat penerima MyKasih beli beras mahal! Kenang nasib, diri sendiri pun makan jenis murah

Namun wanita itu hanya mampu ketawa tatkala mengenang kembali insiden dia terserempak dengan jirannya itu ketika membeli barang dapur.

“Aku teringat pernah terserempak dia beli barang dapur, bergaduh dengan budak cashier sebab MyKasih dia ada masalah.

Jenis tak sedar diri ni payah, tak nampak kekurangan diri… dah tau miskin hargai la bini tu.

NETIZEN

“Beli barang dapur pun harap MyKasih, ada hati nak ada cawangan sampai empat,” sindir wanita itu.

Perkongsian itu mencetuskan pelbagai reaksi netizen yang rata-rata mengecam sikap segelintir lelaki yang bercakap soal poligami tanpa mengukur kemampuan sebenar.

Reaksi netizenReaksi netizen

“Patut la nak tambah lagi satu bini, sebab dia nak dapat MyKasih RM200 tiap bulan.

“Kahwin la, nanti boleh ‘merentan’ dekat cashier Mykasih time cash out pampers, susu anak.

“Jenis tak sedar diri ni payah, tak nampak kekurangan diri… dah tau miskin hargai la bini tu.

“Media sosial memang jadi tempat khayalan orang-orang tertentu,” kata warga maya.

Scroll to Top